I hate crying

Aku benci untuk menangis kerna aku akan menunjukkan sisi² manja ku. Menangisku bukanlah menangis yang biasa², namun ia penuh dengan suara dan karakter keanak²kan yang memerlukan pelukan dan dorongan dari insan yang ada ketika itu. Kadangkala orang yang melihat aku menangis akan menganggap aku bahawa sedang menagih simpati sedangkan aku menangis kerana aku merasakan itu satu-satunya cara aku memujuk hati.
Ada juga merasakan mereka perlu berikan jalan penyelesaian dengan segera agar aku berhenti menangis. Hakikatnya, aku tak perlu pun mereka bantu berikan jalan keluar kepada masalah aku. Aku boleh selesaikan ia sendiri. Aku hanya mahu menangis dan aku akan okay. Itu sahaja.
Aku rindu waktu-waktu aku sering mencari bahu seseorang untuk menangis. Aku bukan cerita masalah aku pun pada orang itu, tapi aku hanya menangis sepuas-puasnya lalu aku beredar.


Oleh disebabkan orang sering 'judge' aku menangis lah, aku juga mula tidak menangis di hadapan orang itu. Orang akan kata aku manja. Asyik2 nangis 😔 Kini, aku sudah mulai jarang menangis di hadapan orang. Aku tidak mahu lagi orang menyaksikan sifat kebudak²kan ku lagi. Aku tidak mahu lagi orang merasakan aku mengada-ngada sebab aku menangis. Bagiku, ia sangat memalukan.

Comments

Popular Posts