Hubungan

Kenapa ya tangan aku sering menggigil setiap kali dia naik suara pada aku?

Dan aku akan kutis jari jemari aku. Tapi alhamdulillah setakat ni tiada luka lagi.

Aku tertanya-tanya,
Apa erti berhubungan ya?
Untuk merasa tenang kerna ada yang memahami?
Atau merasa bangga aku sudah dimiliki?

Entahlah, kadangkala aku merasakan being in long-term relationship is getting harder day by day.

Semakin lama kenal, semakin banyak kekurangan aku terserlah di hadapan dia sehingga aku merasakan he deserves someone better than me = yang mampu mencapai ekspektasi dia dalam sesebuah hubungan.

Semakin lama kenal, aku jadi semakin takut untuk banyak meluah & menangis di hadapan dia. Sebab aku rasa aku sedang di 'judge' oleh dia seperti "awak tak patut jadi macam ni dan awak tak patut rasa macam tu.."

Semakin lama kenal, aku rasa anxiety aku semakin bertambah. Aku takut untuk melakukan kesalahan-kesalahan kerna pasti ditegur dengan nada yang kurang enak didengari. 

Jika ini lah yang dirasai dan dilalui oleh setiap pasangan, boleh kah aku undurkan diriku kembali untuk tidak mengenali dia terlalu rapat serta mendalam? Aku lebih rela bercinta selepas bernikah jika ini lah yang menambahkan perencah buruk dalam kehidupan sebelum berumahtangga — hilangnya redha Allah.

Atau dia banyak stress sebab pasal duit kot noh. Positif². 

Comments

Popular Posts