The moment when he...

Sejujurnya aku jarang berkomunikasi dengan lelaki. Dan dia lelaki pertama yang berani untuk mendekati aku. Seingat aku, dia lah orang pertama yang memanggil ku 'Shateerah'. 

Mana pernah orang panggil aku dengan nama panggilan kedua dan sememangnya ia bermula di dq sebab terlalu ramai yang bernama Aisyah.

Sejak dia bermula taaruf dengan aku & keluargaku, dia mula menukar panggilanku kepada Aisyah sahaja.

Setiap kali dia memanggil nama ku dengan menggunakan panggilan itu, pasti aku tersipu-sipu malu (tapi aku tak tunjuk), hati aku berbunga & senyum kerang busuk. Maklumlah, malu🫠 

Dia pula sengaja sakat panggil nama aku banyak kali, kita ni dahla tak tahan nak cover malu. Aku dalam hati duk bisik, 'ish dia ni. tak payah la panggil nama orang kuat-kuat. malu la orang tengok' πŸ« πŸ€£πŸ‘ŠπŸ»πŸ€‘

Nada dia sangat lembut sehingga mampu melenturkan amarah ku. Setakat ni gitu la. Lepas-lepas ni tak tau la macam mana kan. Haha.

Sekian. πŸ˜‚

Comments

Popular Posts