Ceritera hari ini

Hari ni hari yang agak stress bagi aku. Dari awal pagi bergaduh dengan adik aku sebab dia liat bangun subuh & paling penting payah bangun dari katil. Harini banyak agenda. Nak tak nak memang kena bertolak jam 7 pagi sebab angah jam 8 ada appt baby di klinik di mana jarak sekolah ina & klinik tu ibarat timur — barat. Jauh, jem, makan masa. Panggil banyak kali, tak menyahut. Geram. Aku terus capai telefon dia di sebelah katil sebagai denda liat subuh. Bukan subuh je, hakikatnya semua waktu liat. ๐Ÿ˜ญ Aku yang geram masalahnya sebab aku yang kena marah oleh ibu bila dia lambat-lambatkan solat๐Ÿ˜” Aku pun terus panggil walid untuk kejut dia. Bila walid kejut, baru bangun dari katil dan terus masuk tandas (tapi tak bunyi air๐Ÿ˜€). Bila aku keluar dari bilik, dia terus kunci pintu. Taknak pergi sekolah lah tu. Faham sangat dah perangai.

Malas nak layan perangai dia lama-lama, aku terus bersiap dan seawal jam 7.15 pagi kami bertolak. Tinggal ina berseorangan di rumah. Telefon adik aku yang aku rampas tadi sengaja aku letak semula atas meja sebab tiada orang di rumah kan. Risau kalau apa-apa yang jadi. Lagipun, aku tak sebegitu jahat nak denda dia lama-lama.

Aktiviti aku harini banyak memandu. Sesampainya di klinik, dalam 40 minit juga menunggu angah. Nanti jam 10.45 kena datang lagi untuk check up ke-2. Jauh ye, sangat jauh. ๐Ÿฅน Sementara tunggu jam 10.45 pagi, angah meminta aku bawa dia ke centre bank islam untuk draw duit dari tabung haji. Katanya nak belanja aku pergi dq (18/7-23/7 ni ada konvo & ekspo dq๐Ÿ™‚). Awalnya aku menolak sekeras-kerasnya. Ibu walid dah guna banyak duit untuk korban lembu baru-baru ni. Dan aku pun dah banyak labur duit beli barang-barang deco bilik. Aku nak belajar hidup susah. Biarlah sekali sekala tak dapat capai apa yang aku nak. Tak semua yang kita nak itu yang terbaik kadang-kadang kan. ๐Ÿ˜ƒ Tapi tulah, angah pun  beria nak belanja aku. Nak juga aku pergi dq. Aku malas nak cakap panjang, terima saja lah. Jadi tak jadi tu, kita tengok penyusunan Allah. ๐Ÿ˜€

Tup tup, sampai saja di bank, kelihatan bank masih tutup. Angah kata bank ada problem. Ramai yang tak dapat guna. Fuh, drive jauh-jauh tiba-tiba bank tak boleh guna๐Ÿ˜„ Takpalah. Seterusnya kami singgah kedai makan arab. Aku teringin nak makan kunafa. Alhamdulillah dapat beli. Sesudah membeli, aku sambung drive ke klinik yang tadi. Fuh, jauh mat๐Ÿคจ haha. Lebih kurang 30 minit menunggu, angah pun siap. Dalam perjalanan pulang ke rumah, kami singgah ke satu lagi centre bank islam. Alhamdulillah boleh draw duit. Kira-kira jam 12 tengahari baru sampai di rumah. Penat ya ampun.

Nanti jam 2 ada appt psikologi pula di husm. Ambil masa 40 minit juga nak sampai๐Ÿ˜„ Sampai rumah, aku rehat tak lama. 30 minit awal aku isi borang psikologi yang Dr minta aku isi sebelum jumpa next appt. Lebihan 30 minit, aku tidur sebentar. Sejujurnya aku agak penat sebab semalam aku tak dapat tidur. Jam 3 lebih baru boleh lelapkan mata. Tepat jam 1.12 petang, aku pun mulakan perjalanan. Singgah solat zohor di masjid berdekatan. Tepat jam 2 aku tiba di psychology department. Fuh. Takut gak sampai lewat sebba haritu Dr tegur suruh sampai awal lain kali. 

Punya lah teruja aku nak jumpa Dr kalini sebab banyak benda nak diceritakan. Antaranya kes aku tores tangan tempoh hari. Tunggu punya tunggu, tak ada seorang doktor pun aku nampak. Cuba cek setiap bilik, pun tiada doktor. "2.30 petang kalau masih tiada Dr, aku nak balik". Ulang alik dari tempat duduk ke kaunter untuk minta kepastian keberadaan Dr. Nurse pun tak tahu di mana Dr berada. Aku pun mula fed up. Jam menunjukkan 2.40 petang, aku pun ketuk satu bilik di mana terdapat pelajar psikologi di dalamnya. Sedang study mungkin. Aku minta mereka menelefon Dr berkenaan untuk maklumkan tentang aku sudah menunggu 40 minit dari tadi.

Tup tup, student tu maklum "Dr kata appt awak semalam. Bukan harini" fuh, meletop air mata aku. Kau bayangkan, kau tengah teruja nak bercerita, tiba-tiba dipatahkan dengan hal-hal lain. Aku nekad, aku tak akan jumpa mana-mana doktor dah untuk rawat aku. Aku pun apa lagi, terus keluar menuju ke lif untuk pulang diiringi air mata mengalir deras. Malu weh masuk lif orang tengok mata merah. Sempat nurse di kaunter tanya aku, "ada tak doktor?" Aku geleng laju dan terus blah. Ada juga nombor tak dikenali menelefon aku. Aku tahu ni mesti Dr tu. Malas aku angkat. Sewaktu dalam kereta, aku menangis semahu-mahunya. Rasa seperti malangnya nasib aku. Segala hal yang aku rancang tak menjadi. Tika itu aku tahu emosi sedang menguasai aku. 

Sebenarnya ada hal yang bermain di benak fikiran aku sepanjang aku menangis. Sebelum ini memang aku dah lewat datang. Jadi aku belajar dari kesilapan dengan datang lebih awal. Satu lagi, aku rasa aku yang sekarang banyak lupa. Macam tadi, appt aku sebenarnya semalam & aku dah tanda dalam calendar telefon aku. Cuma aku lupa yang aku sendiri yang awalnya decide pada Dr untuk buat hari Selasa (kelmarin). Tapi oleh kerana aku ragu-ragu aku tetap datang hari ni (Rabu). Dan ada lagi beberapa hal yang aku cepat lupa dan ibu sering tegur sikap cepat lupa aku. Sampai aku rasa, aku ni nak mati dah ke sebab tanda-tanda 100 hari sebelum kematian adalah cepat lupa. Selain itu, aku juga berfikir-fikir salahkah aku nak rawat diri aku. Kenapa semua kaunselor, psikiatri & psikologi yang aku jumpa, semuanya tak membantu? Bila agaknya aku akan peroleh kebahagiaan jika aku tak mampu keluar dari diri aku yang penuh tanggapan negatif?!!! Aku juga mahu jadi sepeti yang lain... ๐Ÿ˜ญ

Keluar je dari pagar husm, aku bercadang untuk makan di sebuah kedai bbq korea di bandar. 16 minit perjalanan, tiba-tiba aku ter missed kedai tu. Tak pasal-pasal kena pusing lagi sekali. Pusingan kedua pun Allah izin aku ter missed. Jadi aku anggap Allah tak izinkan aku makan di sini. Maka aku pun terus pulang ke rumah. Lebih kurang jam 4.30 petang barulah aku tiba di rumah. 

Sekian cerita penat aku harini. Aku agak sedih, down, kecewa dengan diri aku sejujurnya. Tapi aku belajar untuk terima kelemahan aku. Aku kena kuat. Aku kena lawan sakit aku. Sampai bila aku nak berada dalam keadaan begini. Doakan aku cepat sembuh ya. Tak larat dah nak benci diri sendiri lama-lama. ๐Ÿ˜”

Comments

Popular Posts