HI JOHOR! (pt 2)
Setelah hampir 3 jam kami beristerihat & bersiap, kami pun bertolak dari Ayer Hitam menuju ke Simpang Renggam dengan menaiki kereta mpv Aruz yang dipandu sahabat dq ku. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Bagi aku jalan menuju ke Simpang Renggam dipenuhi dengan onak liku kerana ia seperti sedang memasuki kawasan pedalaman. Aku dan sekeluarga pernah ke Simpang Renggam kerana abang ipar ku juga tinggal di sana dan aku memang sudah maklum akan jalan menuju ke sana penuh dengan bengkang bengkok. hahaha
Setibanya di rumahnya, kami segera menyantuni si dia & ibunya. Malangnya tika itu ibunya sedang berbual dengan saudara yang hadir maka kami terus masuk menuju ke ruang makan. Kelihatan si dia agak teruja akan ketibaanku dan hakikatnya perasaan aku sangat gemuruh tika itu. Maklumlah kami sangat-sangat jarang berjumpa sebab sengaja tidak mahu membiasakan hal yang tidak syar'ie. Sewaktu di dapur, kakakku yang memulakan perbualan dengan si dia dan aku hanya menjadi pemerhati. hahaha segan ya. Kami menyuap juadah yang tersedia di meja. Makan pun malu sebab tak biasa pergi rumah kawan lelaki.
Setelah tetamu beransur pulang, kami pun duduk di ruang tamu dua untuk menolong menyediakan 'goodies' buat tetamu yang bakal hadir esok hari. Ternyata masih banyak persiapan yang belum dibuat. Tambahan pula kami dapat tahu bahawa ramai saudara mara si dia tak dapat hadir oleh kerana hubungan rapat covid-19. Agak kasihan dan sedih andai aku berada di posisi mereka. Proses penyediaan 'goodies' mengambil masa lebih kurang 8 jam termasuk rehat untuk makan tengahari yang disediakan oleh ibunya, makcik zaidah.
Satu hal yang aku perasan, dia sering curi-curi memandang ku dari jauh. Aku berasa sangat malu dan segan kerana aku tak pernah punya pengalaman lelaki meminati aku sejauh dan seserius ini walau hakikatnya memang tiada lelaki yang berani mendekatiku dari dulu (dan aku tak kisah pun sebab aku bukan jenis melayan lelaki😅🤣). Banyak perkara juga yang dibualkan antara alang dan dia. Aku macam biasa hanya banyak diam dan menjadi pendengar setia.
Ada suatu detik di mana ayahnya menyapaku, "yang mana satu Aisyah?" Aku segera mengangkat tangan dan berkata, "saya!" 😂 Kemudian ayahnya berkata lagi, "Kimi kenapa ya dua tiga hari ini? Banyak mendiamkan diri dengan pakcik dan makcik. Dia ada masalah apa? Bila awak mari, baru nampak muka dia keluar bilik" Hahaha, aku gelak bersahaja. Aku tahu si dia mengalami pergaduhan kecil dengan ibunya sebelum aku tiba di Johor tapi aku tahu aku hanya orang luar maka aku buat-buat tak tahu dan gelak saja di hadapan ayahnya. Dan alhamdulillah pertengkaran mereka berakhir sebelum majlis abangnya.
Sejujurnya aku sangat berterima kasih pada si dia sebab dia banyak buat aku rasa selesa berada di rumahnya. Dia selalu ada di hadapan kami dan bantu kami dalam banyak hal. Waktu itu aku sangat bersyukur kerana dapat mengenali dia yakni seorang yang sangat prihatin & ambil berat tentang aku dan adik beradikku. Dia jugalah yang bantu kami 'check in' bilik di hotel yang berdekatan dengan rumahnya dan hantar kami pulang ke hotel dan yang paling penting ialah dia belanja aku Biscoff Coffee. Awalnya dia mahu belanja kami semua tapi aku rasa dah banyak kami bebankan dia jadi aku hanya meminta dia membelanja aku dan yang lain itu biarlah aku yang bayar.
Kami berpisah setelah tiba di hotel. Badan pun dah mula penat dan hanya fikir nak rehat dan tidur. hahaha. InsyaAllah jumpa esok pula. Terima kasih wahai kamooo😍
Comments
Post a Comment