Alang got married!
9 April 2022 — Alang nikah!!
Haih laaa. Satu persatu kakak-kakakku diambil orang. Tak mengapalah. Umur mereka pun bukannya makin muda😆 Uniknya pernikahan alang ni sebab dia berkahwin :
• sewaktu bulan ramadhan dek permintaan dari keluarga sebelah sana (atas asbab ayah pengantin lelaki sudah dalam keadaan nazak).
• dua minggu selepas kami pulang dari umrah! bayangkan persiapannya bagaimana. sangat rushing dan kalut!
• alang & pasangan tu baru je taaruf tak sampai 4 bulan walaupun mereka satu sekolah dulu tapi tak pernah kenal rapat antara satu sama lain pun!
Itulah jodoh kan? Lamanya sesuatu hubungan tak menggambarkan keteguhan sesebuah hubungan. Adakala perkenalan yang singkat itulah yang terbaik tapi ada juga perkenalan yang lama boleh dibawa hingga jinjang perkahwinan. Semuanya dengan izin Allah.
Dengan ini secara rasminya aku telah kehilangan seorang lagi kakak di tangan seorang lelaki bergelar suami kepada kakakku. Doa ku hanya satu, semoga kalian dikurnikan keluarga SAMAWA (sakinah, mawaddah wa rahmah) oleh Allah swt, insyaAllah 💕
p/s : pst..pst.. kakak aku dah mengandung weh. 🤣 habeh laa aku kena jadi bibik nanti waktu dua-dua kakak aku (angah & alang) bersalin. 🥵🥵
Comments
Post a Comment