Kenapa aku buat semua ni?
Bismillahirrahmanirrahim...
Aku selalu tertanya-tanya pada diri aku, 'kenapa aku buat semua ni? Kenapa aku bersungguh sangat nak buat program-program untuk sahibah?'
Kenapa? Kenapa?
Sebenarnya, segala perkara yang aku buat dan apa yang rancang adalah bukan untuk aku pun. Sikit pun tak ada untuk diri aku. Semuanya untuk orang lain. Kerana aku merasai nak dapat kefahaman islam itu sebenarnya payah. Not as simple as ABC. Aku nak meraka memahami fikrah islam ini sebagaimana aku memahaminya. Dulu, aku selalu mengeluh pada ummi 'kenapa mereka rak faham sepertimana aku faham?!' Jawapan ummi satu je, 'sabar'. Sebab nak faham fikrah ni mengambil masa yang sangat lama dan memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Aku tak boleh nak expect apa yang aku faham difahami oleh orang lain jugak. Tak. Sebab mereka ada tahap mereka. Tahap mereka lain dan aku juga lain. Jadi, bila aku rasa perit orang tak faham apa yang aku faham menyebabkan aku ada satu perasaan yang aku nak suatu hari nanti mereka dapat fikrah islam ni dan berfikir sebagaimana cara aku berfikir. Aku akan buat apa sahaja yang melibatkan pengorbanan dari segi wang, masa, perasaan demi nak mereka dapat fikrah islam sebetulnya.
Kawan-kawan aku selalu kata kat aku yang mereka yang bersyukur dapat kenal aku sebab aku bawa mereka masuk halaqah. Hakikatnya, aku pun tak sangka mereka boleh terikat dengan aku hingga hari ini. Allah pilih mereka dan allah tarik hati mereka untuk ikut aku. Aku hanyalah wasilah untuk mereka kenal fikrah islam. Selebihnya, keinginan dan kemahuan mereka. Betullah apa yang kinah cakap, 'ujian yang kita sedang tempuhi ni akan berlalu pergi dan yang hanya tinggal adalah kesan-kesan cinta Allah terhadap kita'. Aku terkesan dengan ayat ni. Ini bermaksud, segala kesakitan, tangisan, kepayahan yang aku lalui selama sem satu, dua dan tiga memang dah berlalu tinggalkan aku dan yang ada bersama aku sekarang adalah kesan-kesan cinta Allah tehadap aku. Manisnya cinta Allah itu apabila kita menghayati sedalamnya hikmah ujian yang dititipkan. Aku okay selagimana aku masih mampu untuk menjadi orang tengah untuk sampaikan risalah islam ini. Niat aku daripada dulu hingga sekarang, sama. Nak orang faham sebagaimana aku faham. Nak mereka berfikir sebagaimana aku berfikir hari ini. Cantik sungguh penyusunan Allah. Nak bandingkan dengan kudrat yang aku ada, memang aku tak mampu. Tapi, dengan keyakinan yang ada ni, Allah datang untuk menambahkan kekuatan pada aku untuk buat kerja ni.
Jujur aku cakap, aku taknak pun korang masuk haluan. Aku tak nak. Apa yang aku nak adalah aku nak korang faham fikrah islam itu dengan sebaiknya dan sedalamnya. Dan dengan itu korang kenal Allah dan korang sentiasa cuba untuk mengejar cinta Allah. Mungkin korang suatu hari nanti, korang lebih baik daripada aku. Lebih tinggi fikrah korang daripada aku. Semuanya atas kehendak Allah. Aku tak tahu apa perancangan Allah terhadap aku. Semoga kerja-kerja yang aku buat hari ini mampu memberi pengakhiran yang baik buat aku. Aku memang tak kuat dan aku memang tak manpu. Tapi, dengan adanya Allah, nothing is IMPOSSIBLE.
3.24 am | 11/10/2019 | Bilik piyaa | Buat kertas kerja rehlah 2.0
Comments
Post a Comment