Susah
Bismillahirrahmirrahim...
Malam ni tak boleh tidur sebab petang tadi aku dah tidur dari pukul 6.30 petang hingga 12 malam. Jadi, alang-alang tu aku nak ceritakan sedikit pengalaman aku merasai kesusahan sewaktu ber'jaulah' ke matri baru-baru ni (26/10 - 28/10).
Tujuan pergi matri adalah sebab menjadi fasi tamrin 2 kali yang ke-2 kepada adik-adik lepasan spm. Pergi ke sana asalnya hanya menjadi fasi tapi secara tak langsung, aku turut ditarbiyah. Jumpa syuyukh-syuyukh which are Sir Abdoh, Ust Nawawi, Ust Omar, Ust Muhtad, Teacher Ibu (isteri ust omar). Looking at the syuyukh does make me heartbreaking oleh kerana tuanya mereka. Sir Abdoh, walaupun umur beliau 80, (lagi 5 bulan nak masuk 80 tahun), namun semangat beliau seperti orang muda malah lebih semangat daripada orang muda! Bcs he managed to stand about 2 1/2 hours in front of us ! MasyaAllahh, it was amazingš¤§ Inilah yang dikatakan oleh pakcik Rosdi Baharom,
"Semangat orang muda pakcik sebenarnya terperangkap dalam jiwa orang tua ini!"
Subahanallah, andai pemuda dan pemudi hari ini sedar akan perkara ini, pasti mereka akan menangis dan terus untuk bekerja. Dan ust omar nya, baru-baru ini ust dimasukkan ke wad. Jadi, kondisi ustaz tidak stabil dan juga lemah. Namun, walaupun demikian, setiap tuturkata ust masih lagi seperti orang muda! Besarnya harapan pakcik terhadap pemuda pemudi untuk terus kekal di atas jalan ini dan berganding bahu melakukan kerja dakwah dan tarbiyah. Semoga Allah mengurniakan kekuatan dan keteguhan untuk terus menjalani kehidupan di dunia sehingga mereka bertemu dengan Allah dalam keadaan kematiaan yang baik serta capai redha Allah swt.
-----------------
Pada hari terakhir aku berada di matri, aku mula rasa sendu. Sedih untuk meninggalkan tempat ini. Tempat di mana fikrah islam ditanam dalam jiwa pakcik2 dan makcik2 oleh Almarhum Dato' Kaya Bakti Ust Dahlan. Sungguh aku katakan, buat kerja dakwah ni tak seronok sekiranya tak ada kesusahan menimpa.
Pagi itu, ada kuliah subuh yang disampaikan oleh tc ibu. Kuliah itu tamat hampir pukul 8.10 pagi. Waktu itu, aku dah 'get ready' untuk book grab tapi dengan izin Allah, grab tak ada pagi tu . Mungkin oleh kerana terlalu siang, jadi orang tengah lena diulit mimpi. Bas aku pagi tu pukul 9 pagi dari kangar ke tbs. Alhamdulillah, dengan bantuan Allah, sahabat boleh hantarkan aku ke stesen bas kangar namun bertolaknya agak lambat. Pukul 8.40 pagi. Sahabat tu drive nampak kalut sebab jarak dari matri ke stesen bas agak jauh juga sebenarnya. Dalam 20 minit.
Tup..Tup..
Aku terlupa bahawa aku tertinggal powerbank yang sedang di charge di koop lama! Telefon aku ketika itu hanya tinggal 30%! Allah. Memang aku memikirkan nanti naik bas aku perlu matikan telefon. Alhamdulillah, semuanya okay dalam perjalanan. Apabila bas berhenti di rnr (tak tahu rnr mana tapi di area perak), aku terpkasa belikan kepala charger dan wayar usb iPhone yang baharu. Jumlahnya semunya berharga rm30+. Bagi aku, harga itu terlalu mahal tapi aku tak ada pilihan lain melainkan dengan membelinya juga. Banyak juga projek yang aku buat di rnr sehinggakan aku merupakan orang last yang naik bas!š¤£ Pi makan (makan nasi sebab tak makan drp pg tadi), pi tandas and pi beli charger.
Sewaktu dalam perjalanan, aku memikirkan di mana aku mahu turun. Hajatnta di tanjong malim sebab jaraknya dah dekat dengan kuala kubu bharu TAPI Allah izin lagi, bas tu tak lalu di jalan kampung di tanjong malim. Dia lalu jalan highway! Oleh itu, dalam otakku, aku cuba untuk menyediakan fizikal dan mental utk menempuh jalan pulang ke dq dengan menaiki tren dari tbs ke kln sentral, dan terus ke kkb. Dan kemungkinan sampai ke dq pukul 12 malam. Namun, rasa hati ini hanya Allah yang tahu. Aku penat sangat sebenarnya sebab di matri aku tak tidur mana. Bincang bengkel dan meeting dengan sahabat punya pasal. And I did cry. Aku bagitau pada Allah yang aku penat. Aku meminta kemudahan dariNya.
Alhamdulillah, Allah dengar isi hati aku. Allah hantar hambaNya untuk menolong aku . Aku turun di Bukit Beruntong dan ummi mengambil aku di sana dan bawa pulang ke dq. Kalau ikutkan aku nak naik grab je tapi ibu tak kasi dan waktu tu dah malam. Tak baik untuk perempuan. So, i called ummi. Aku ceritakan semuanya pada ummi apa yang berlaku pada aku sepanjang hari itu. Ummi kata,
"Buat kerja dakwah ni tak pernah tak susah. Pasti ada kesusahan dan kesulitan yang melanda. Tak rasa tak tahu. So, kena rasa"
Boleh aku katakan, ya, kerja dakwah ni susah. Banyak halangan. Tapi, satu faktor yang menyebabkan aku stay atas jalan ini adalah kerana 'pertolongan yang tak putus daripada Allah buat aku'. Memang sakit dan pedih, tapi perhatian Allah terhadap aku adalah tanda betapa Allah sayangnya aku. Aku terharu sangat. Moga aku dapat menjadi insan yang lebih kental menghadapai mehnah dunia yang tiada titik noktah nya. Kehidupan akhirat adalah yang hakiki.
Comments
Post a Comment