SAYANG DI UKUR DENGAN APA?

Aku punya 2 orang anak saudara. Seorang perempuan dan seorang lelaki. Aku tak tahu bagaimana tapi apabila aku bersama mereka, aku seakan menjadi seorang yang sangat penyayang dan pengasih.

Hati aku automatik lembut saat bersama mereka.

Aku mudah untuk menangis. Jadi, aku cepat menangis di saat melihat orang yang aku sayang terluka. ")

Hal ini membuatkan aku berfikir tentang sayang itu hakikatnya diukur dengan apa?

Harta?

Pemilikan sesuatu benda?

Cantik atau hensem?

Jawapan yang aku dapati ialah, sayang itu tiada ukuran dan sempadan.

Kita sanggup lakukan apa sahaja demi orang yang kita sayang itu bahagia.

Dan, kita sanggup lakukan apa sahaja untuk tidak melihat orang yang kita sayang berada dalam keadaan kelukaan.

Sayang itu dekat dan mendekatkan.

Cinta itu lentur dan melenturkan.

Maka, selami lah rasa sayang dan cinta itu atas dasar membina keimanan kepada Allah swt.

Comments

Popular Posts