SEMPURNA

Aku aneh dengan diriku. Mengapa di setiap marah ku, pasti wujudnya air mata? Mengapa aku perlu menangis? Sebegitu cengeng kah aku?

Aku tak ingin kelihatan lemah, jadi aku berusaha untuk tampak kuat cuma terkadang usahaku sering diperlekehkan menyebabkan aku semakin membenci diri.

Aku cuba untuk tidak menceritakan kelemahan diri agar tidak dikatakan lembik oleh orang sekeliling kerana aku ingin kelihatan sempurna.

Terkadang juga, aku terlalu mengejar kesempurnaan (sifat yang aku rasa aku patut ada) sehingga aku sering mengkritik dan menghina diriku kerana sering serba kekurangan.

Kenapa aku terlalu banyak kelemahan sehingga sering terpapar kelemahan ku di hadapan manusia?

Aku malu dengan kekurangan yang aku ada. Aku mahu menjadi sempurna.

Tapi aku juga sedar bahawa,

Aku terlalu mendambakan kesempurnaan sedangkan manusia itu tidak lari daripada kesilapan. 

Aku tahu, aku sedang hidup dalam ekspektasi manusia. Manusia melihat aku sempurna, maka aku cuba mengejarnya (kesempurnaan).

Penat.

Sebab hidup dalam ekspektasi.

Bagaimana ya mahu keluar dari rasa ini? 

Entry kali ini, aku

(Menulis + Menangis)

Comments

Popular Posts