LUKA

Aku takut untuk terlalu mencintai kerana aku takut aku yang terluka.

Aku takut untuk terlalu menyayangi kerana ditakuti jatuh ke lubang pengharapan.

Aku takut untuk terlalu berkongsi cerita kerana kelak aku yang merana.

Jadi, aku memilih untuk berwaspada soal hati dan perasaanku.

Biar Allah sahaja lah yang menentukan jalan hidupku.

Dan aku sebagai hamba hanya berusaha dan berserah.

Semoga sesiapa sahaja yang menjadi pendamping hidupku nanti adalah seorang mampu menerima 1001 kekurangan dan kelemahan dalam diriku. Aku tak ingin yang sempurna kerna aku juga tidak sempurna.

Sekali lagi aku ulang, aku bukanlah yang terbaik tapi percayalah aku sentiasa ingin menjadi yang terbaik walau banyak kali aku tersungkur jatuh dan gagal.

Kuatkan aku, Ya Allah.

Bye. Nangis sikit je. (Ok, tak. Nangis banyak. 😭)

11.37 malam | 9 Oktober 2021




Comments

Popular Posts