๐Ÿ’— URSELF

Yang tidak mengalami mungkin tidak akan memahami.

Yang tidak memerhati, pasti mudah menyalah erti.


SAYANG DIRI.

Bagi aku, ianya payah/sukar/susah dan sulit.

Tapi mungkin juga aku yang kurang bersyukur & kurang menghitung nikmat yang diberi (atau dalam kata lain kufur nikmat).

Nak sayang diri memerlukan pengorbanan terbesar yakni sentiasa meletakkan diri sendiri menjadi keutamaan. Bahagiakan diri. Belanja diri. Dan yang paling penting, memaafkan diri yang tidak berani move on dengan masa lampau yang menyakitkan.

ู„ุง ูŠูƒู„ู ุงู„ู„ู‡ ู†ูุณุง ุฅู„ุง ูˆุณุนู‡ุง

Ingat tu! Allah tidak akan sesekali membebani hambanya melainkan mengikut kesanggupan/kemampuan hamba-Nya.

Allah tahu aku mampu atasi dugaan ni. Allah tahu cuma aku yang perlu yakin dengan Allah yang aku mampu lakukan semua ini dengan bantuan Allah. Itu yang pasti.

Senyum ๐Ÿฅฐ

Percayalah bahawa akan ada pelangi selepas turunnya hujan dan akan ada berita gembira selepas munculnya berita kurang menyenangkan.

Terima + Sabar + Redha + Ikhlas = SAYANG DIRI

Caiyokk, wahai diri❤️

Comments

Popular Posts