SADTEMBER

Hari ini teruk juga aku menangis. 4 jam nonstop aku menangis ya. ") Rasa macam gila pun ada. 

Tapi memang bulan ni bagi aku agak menyesakkan. Berbeza dengan bulan lepas. Setiap bulan aku menangis (wajib ada sebab biasalah, perempuan. hehe. akan ada waktu dia nangis kaw kaw sebelum tut tut😂), cuma bulan ni agak melampau jumlah aku menangis.

Aku pun tak tahu kenapa 😃

Awalnya aku maklum pada kaunselor aku je yang aku rasa nak merasai accident (sebab aku berada di tahap depresi yang aku selalu rasa nak mati. nauzubillahi minzalik). Tiba-tiba sampai makluman ni pada keluarga aku. Habis semua orang menelefoni aku.

Bermula dengan kaunselor aku, si dia, ibu, alang dan angah.

Dan semuanya aku tak angkat dan sengaja membalas mesej agak lambat.

Aku cuma mesej yang aku ada di masjid. Nanti aku balik.

Memang aku berada di masjid pun. Sengaja aku rehat di masjid sebab aku takut, makin lama aku pandu kereta, makin membuak-buak hasutan nafsu aku untuk menjadikan kemalangan sebagai realiti.

Masjid itu ada ruang khas untuk tempat letak telekung wanita. Dan ruang itu memang dibuka kot-kot ada muslimat yang berhenti untuk menunaikan solat. Ruang solat yang besar memang semestinya tutup. Pandemik kan. Huhu.

Aku paksa diri aku untuk tidur tapi tak boleh sebab otak aku serabut memikirkan cara nak mati. Ni jujur pengakuan dari aku, "Ya, aku memang doa sungguh-sungguh pada Allah tadi bahawa moga-moga Allah ambil nyawa aku ketika aku tidur. Aku dah penat. Aku nak rehat selama-lamanya"

Nak kata aku gila? Ikutlah. Sebab memang ini yang aku rasa. Aku menangis sebab bangun-bangun aku masih lagi hidup. Seolah-olah macam, nak commit suicide tapi tak nak commit suicide sebab takut dapat dosa. Nak benda tu berlaku dengan cara bukan aku yang atur. Let it happen by itself.

Zohor masuk, aku terus menyelinap masuk. Masjid ditutup awal atas asbab pandemik tapi aku tetap duduk di bilik kecil itu sehingga asar. Sepanjang itu juga aku menangis🥺

Masuk waktu asar, aku mula keluar dari masjid. Duit di tangan hanya ada rm3 dan aku lapar. Segera aku memandu ke restoren fast food untuk beli seketul ayam berharga rm3😬

Jam 6.50 petang, aku pulang ke rumah. Ibu menyambutku di ruang pintu sambil bertanyakan khabar. Jelas di raut wajah ibu seperti risau akan keadaan aku. Aku cerita pada ibu situasi aku. Alhamdulillah ibu faham. Intonasi ibu juga lembut. Dan ya, aku sedih. Maafkan acik, ibu.

Ayat ibu yang aku paling terkesan ialah,

"InsyaAllah, ibu yakin acik mampu atasinya dengan baik (Ibu percaya pada acik)"

Terima kasih ibu. Di saat anakmu berada di tingkatan terbawah, dikau setia mengucapkan kalam yang mampu melenturkan jiwa anakmu yang lemah ini.

😭

Comments

Popular Posts