RELIABLE
Emm, saja lah nak bercerita kat sini memandangkan tak ada siapa yang tahu isi hati aku.
Pagi tadi, aku terlepas cakap pada ibu..
Ceritanya begini, hari ini adik aku ada peperiksaan atas talian sekolah dia. Jadi, ibu minta aku buka pejabat yang jaraknya dua buah rumah dari rumah kami sebab nanti Ina akan jawab dalam komputer.
Jadi, aku pun beri cadangan pada Ina supaya dia jawab peperiksaan di komputer ateh (aku pun tak perlu susah payah buka pejabat) memandangkan ateh tak guna pun komputer dia pagi tu.
Tapi Ina & ibu tak nak. Dua-dua berkeras nak aku buka pejabat juga. Aku bukan apa, nanti Ina duduk seorang diri dekat pejabat, bahaya. Kawasan perumahan aku ni bukan boleh dipercayai sangat pun. Ada je penagih dadah sana sini.
Dah tu bila dua-dua berkeras tak nak, aku pun cakap,
"Ikut Ina lah. Dah besar. Pandai buat keputusan sendiri dah kan..."
Tiba-tiba ibu menyahut,
"Apa cakap begitu, acik? Ina tu beza umur 8 tahun dari awak (nak cakap macam aku patut bercakap lebih matang)."
Dan aku pun, emo la..
"Yalah, apa yang acik cakap semua salah. Acik ni kan bodoh. Semua acik buat bodoh"
Selepas kejadian berlaku, aku diam (dan sedih). Memang pagi tadi aku tak tidur pagi sebab selesaikan urusan mengajar bulan ni. Dengan ibu pun aku tak bercakap. Aku fokus duduk depan komputer je buat kerja. Ibu panggil makan pagi pun aku tak sahut.
Aku, sedih.
Kenapa semua benda aku yang kena tanggung? Layanan terhadap aku pun berbeza.
Ateh sakit (sebab dibuat orang), aku kena 'consider' perasaan aku. Kena redha bila ibu lebihkan dia. Intonasi suara ibu panggil kami berdua pun berbeza. Ibu panggil aku dengan nada agak keras, tapi ateh dengan nada yang sangat lembut.
Walaupun ibu cakap jangan fikir macam tu (sebab aku pernah kata kat ibu tentang hal ni). Ibu kata ibu tak pernah membezakan anak-anak ibu. Ya, aku tahu, ibu adil. Tapi kadang aku je yang rasa benda ni.
Dengan Ina pun macam tu. Kadang bila bergaduh dengan Ina, walid yang selalu menangkan Ina. Kalau Ina, aku tak kisah sangat sebab aku kakak. Jadi, memang aku kena matang sikit lah.
Tapi cara layanan tetap sama.
Iaitu, berat sebelah.
Aku tak tahulah kenapa aku macam ni. Walaupun dah berjuta ayat aku dapat dari orang sekeliling yang aku ni disayangi, dihargai, tapi aku masih dengan pemikiran aku iaitu pemikiran yang aku merasakan aku ni tak guna.
Nak buang, tapi payah.
Sangat payah :"(
Mampu bergenang air mata je lah. Nak cerita dekat orang, tak mampu. Sebab diri rasa lemah :(
Sekian cerita dari esoh tiroh.
Bye.
Comments
Post a Comment