Entah.

Emm Assalamualaikum 🤏🏻

Tak sampai sebulan mengemaskini blog, kini ku kembali menulisnya.

Ahahaha, waktu lapang yang terlalu banyak.

Untuk apa lagi nak diisikan melainkan dengan menulis, ye dak? 😂

Idea tercurah saat tangan mula menaip & otak mula menabur ayat-ayat pemanis kata.

Malam ni, saja la nak 'share my thought',

Aku ni sejenis keras kepala sebenarnya. Aku akan cepat bangkang untuk perkara-perkara yang aku tak setuju dan bertentangan dengan syara'. Tapi, seringkali juga saat bangkangan ku mendapat bangkangan yang sama dari pihak sebelah, maka aku diam dan ikuti apa cadangannya. Namun, di akhirnya, apa yang ku perkatakan jauh lebih benar daripada hasil yang diperlakukan olehnya (pihak sebelah). Bukanlah ingin riak, tapi secara majoritinya sering begitu.

Aku juga sejenis yang akan diam bila berada dalam suasana pergaduhan ATAU aku yang sedang bergaduh. Tapi, aku perasan, bila saat aku mula menghamburkan kata-kata ku, ia terasa sangat pedas & akan menyentapkan orang-orang di sekeliling ku. Dan yang lawaknya, lepas bergaduh, aku pula yang akan menangis sebab aku cepat koyak 😂

Mungkin aku perlu perbaiki lagi diriku dengan tidak terlalu cepat melatah apabila sesuatu berlaku di sekeliling. Dan tidak pula terlalu cepat bertindak kerana di pengakhiran tindakan itu akan menemui penyesalan.

Jadi, letaklah kewarasan pemikiran di hadapan terlebih dahulu kemudian barulah disertai dengan kata-kata atau tindakan.

And heyy,

Just trust your journey and make yourself as a ✨priority✨.

Love you, Shater <3

Comments

Popular Posts