Kematian sebagai peringatan.
Petang ni, aku nak kongsi 'my thought'.
Semalam, aku dapat berita seorang kawan aku yang aku kenali sewaktu program i-JDK (program haluan untuk lepasan SPM 2017) telah menghadap ilahi kerana menghidap penyakit 'kanser limfoma'.
Program i-JDK ni bertempoh 9 hari, jadi sebab tu aku agak rapat dengan kawan-kawan i-JDK. Peserta yang terdiri dari sekolah-sekolah IPS & orang awam.
Sejujurnya, aku agak terkedu.
Dia sama umur dengan aku kot.
Aku selalu tengok ig story dia kot.
Ada sekali tu, aku tengok ig story dia 'video call' dengan mak ayah dia sambil menangis teresak-esak. Waktu tu, aku dah terdetik,
"Kenapa dia menangis? Penyakit dia makin teruk ke? Hayat dia dah tak lama ke?" 😢
Tapi, aku tak balas pula 'story' dia sebab nak hormat privasi. Pernah sekali je aku 'dm' dia tanya tentang dia sakit apa.
Beberapa hari lepas tu, aku duk tengok dia 'up story' kata dia minta maaf kepada semua kawan-kawan yang mengenali dia secara langsung atau tak langsung.
Serius, aku sebak sangat.
Ogy (kawan satu sekolah dengan dia + pernah ikuti i-JDK) selalu 'update' (mungkin la sebab aku dah left group ni. Ni aku tahu pun sebab tengok status whatsapp kak Athirah Zaki) dalam group whatsapp peserta i-JDK 2017 tentang kondisi Ain.
Ogy cakap, doktor dah mula tidurkan ain.
Gambar ni yang aku sempat 'screenshot'.
Perasaan aku waktu itu, bagaimanalah ya keadaan keluarganya. Takutnya ya Allah nak menghadapi kematian. Aku sedar, aku terlalu cintakan dunia sehingga takut untuk berdepan dengan kematian.
Hari demi hari, sekali lagi aku mendapat berita tentang Ain...
Ya Allah, benarlah kematian itu tidak mengenal usia & darjat.
Benarlah kematian itu merupakan peringatan terbesar untuk aku sentiasa berhati-hati dalam setiap amal perbuatanku.
Kurniakan syurga tertinggi buat sahabatku ini, Ya Allah.
Ringankanlah azabnya,
Nyalakanlah lampu di ruang kuburnya.
Semoga dia ditempatkan bersama-sama orang yang soleh lagi musleh.
———
Kuatnya dikau, wahai sahabat.
:")
Al-Fatihah (dibaca)
Comments
Post a Comment