CUTI MEMBINA
Assalamualaikum 👋🏻
Hehe, terasa nak menulis lah malam ni.
Ada suatu hari tu, alang pernah cerita kat aku yang dia ada tegur angah yang tak dapat nak imbangkan antara tugasan-tugasan master dengan kerja-kerja rumah. Alang marah lah sebab kalau alang boleh cuba untuk bahagikan masa antara kerja syarikat dan kerja rumah, tak akan lah angah tak boleh. Nanti dah berumah tangga, lagi lah kena pandai imbangkan.
Daann aku waktu tu, dengar je lah kan apa yang alang luah en. Haha. Aku kan 'a good listener' 🤙🏻 😛.
Cumanya, this is only my 2 cents thought,
Aku tak kisah pun kena buat kerja-kerja rumah semua ni sebab :
1) Aku memang tengah cuti diploma.
Waktu ni jelah aku nak all out fokus hal rumah (walaupun jadi guru jugak).
Waktu ni jelah nak belajar hal-hal rumah. Belajar masak, belajar beli perabot-perabot rumah, belajar hias rumah. Best kot. Nanti kahwin, boleh jadi isteri solehah, tak ke gitteww. Ahahah gurau-gurau.🤙🏻
2) Aku tak suka tengok rumah berselerak.
Nanti automatik mood kelaut, hari-hariku akan muram dan tak berfungsi lah kehidupan seketul Aisyah.
Nak mood Aisyah okay, gembira, persekitarannya haruslah bersih serta menenangkan.
3) Mungkin ini je peluang yang aku ada nak berkhidmat sebagai anak.
Walaupun aku akui, aku ni agak pemalas ya. Sikit-sikit tidur. Sepatutnya, tidur sikit-sikit dah lah 😅😂 Bukan apa, kadang tu, student nak kelas awal pagi, jadi lepas kelas memang terus lentok lah cerita dia. Ustazah penat 😀 Alasan lagi.
Waktu ni lah nak kenal ibu walid lebih lagi. Waktu ni lah nak dengar bebelan ibu walid. Nanti bebelan itu yang paling akan aku rindui...
Apa pun, semoga si Aisyah solehah ini dapat terus berbakti untuk rumah, menjadi anak yang taat buat ibu walid dan makin solehah tiap-tiap hari! I love you, dear self. 🥰
Comments
Post a Comment