Mindset.

Bismillahirrahmanirrahim...

Baru-baru ni, aku join satu kem yang sekolah anjurkan. Awalnya, aku tak nak pergi sebab
1) Takda kawan
2) Aku tahu program dorang takkan sama macam program HALUAN. (Lagipun dari kecik,aku tak pernah join mana2 kem selain drp kem HALUAN kecuali sekali je iaitu kem masa aku darjah 6 (2012) . Jujur aku kata, kem tu adalah kem yang paling tak best dalam hidup aku. )

Tiba hari kem Allah takdirkan aku pergi juga kem ni. Kem ni namanya Kem Pengurusan Organisasi (KPO) . Sekolah aku ni banyak anjurkan program dan aku ni pun sebenarnya tak aktif pun kat sekolah tapi disebabkan aku dilantik jadi BAKIS, jadi terpaksa aku pergi jugak. Dalam hati ni, berdoa je supaya tajdid niat dan redha apa yang Allah dah tetapkan. Dalam bas otw gi Kem Sri Chap pun, masih duk fikir macam2.

Sesampaimya di Sri Chap, mind aku asyik ulang ayat sama

" Program HALUAN lagi best,cah"

"HALUAN lagi mantop dari segi pengisian rohani"

Dan paling teruk aku fikir,

"Fikrah dorang tak sama macam fikrah yang kau dapat dari seklah HALUAN"

Allahu....

Ya , memang betul tak sama. Tapi aku tak patut kata macam tu. Tak patut aku blame apa yang mereka cuba usahakan. Mereka dah cuba untuk cari fikrah tapi tak jumpa dan sekarang ni aku yang ada fikrah pulak blame dorang secara membabi buta yang tak faham apa-apa. Dari KPO, banyak benda aku belajar. Aku belajar supaya mindset tak boleh terlalu negatif. Bila asyik -ve, maka semua perkara yang fasi2 dekat kem tu buat akan jadi -ve bagi aku. Memang ada kekurangan tapi takkan dalam banyak2 kebaikan yang dorang bagi .aku tengok dekat kekurangan juga?

Susah nak terang sebab benda ni aku je yang rasa. Aku ni terlalu memandang rendah terhadap manusia sedangkan banyak lagi kelemahan diri aku yang perlu aku baiki. Maafkan aku,duhai kakak2 ex-MMPP. Aku tak bermaksud untuk memandang rendah, tapi kejinya syaitan bermain dalam fikiranku untuk tidak memandang kebaikanmu. Walaubagaimanapun, KPO still gives me motivation to create the new me and improve myself. Last but not least, KPO is NOT the worst camp i have been join. HAHAHAH  

Comments

Popular Posts