Kau Sahabat,Kau Teman. 👫

Bila cakap tentang sahabat, banyak benda kita boleh describe the definition of friend. Dan masing- ada pengalaman masing-masing dalam berkawan. Ya. Memandangkan tahun ni aku masuk kelas baru, jadi kenal banyak ragam manusia. Dan sungguh aku gembira duduk di sebelah Farhanah, Syuhadah n Farliza sebab dorang memang sporting habisss Hahaha.  Yelah, walaupun mula2, timbul bibit-bibit tak suka pastu bila kita lawan perasaan tu, kita pun akan mula mengenali dan menyukai suasana tu.

Seringkali kita rasa, dan fikir 'who is the exact friend to me? ' . Kenapa boleh timbul pemikiran lagu tu? sebab kita selalu duk runsing KENAPA kawan2 aku ni susah bebeno nak faham kondisi aku. Seolah-olah, datang apabila bawa berita gembira dan berlindung dalam selimut apabila terima berita buruk yang mana besarnya bak gunung. Sungguh, memang geram bila punya sahabat macam ni.. Rasa nak lari daripada dia jauh-jauh.  Tapi, cuba fikir muhasabah balik, 'adakah hanya kita yang punya MASALAH? ' atau 'adakah orang hanya perlu ambil berat tentang diri kita dan tinggalkan golongan yang lain? '

Kalaulah macam ni pemikiran kita sebagai manusia, maka betapa EGOISnya kita ini. Betapa ANGKUHnya kita ini. Kerana hakikat yang kita mengharapkan belas kasihan daripada kawan sebenarnya adalah kita yang tidak memberi dan merasai belas kasihan kepada kawan kita itu.  Jangan marah bila saya kata macam ni sebab realitinya adalah benar.


A friend is a reflect of us.  

Andai kawan kita tak anbil berat tentang kita, means kita yang sebenarnya kurang meraih cinta kita 
kepadanya. Jadi, usahlah terlalu feeling lebih sebab kalau betul kita sayang kawan kita , kita akan buat apa yang mereka bahagia

Comments

Popular Posts