Oh Tarbiyyah, Sungguh Aku Jatuh Cinta!
Bismillahirrahmanirrahim...
Sejak kecil, aku disekolahkan di sekolah yang punya asas-asas Islam.Pada awalnya, aku tak tahu dan tak ingin tahu mengapa aku dihantarkan di sekolah agama . Yang aku tahu hanyalah, ibu walid nak anak-anak tak terpesong daripada landasan Islam yang sebenar. Apabila umur aku meningkat enam tahu, aku bersekolah di Sekolah Rendah Ibnu Qayyim, Kuala Terengganu (SRIQ). Seterusnya Sekolah Rendah Ugama Al-Hilal, Kota Bharu (SeRU AL-HILAL) atas asbab walid dapat kerja di Kelantan masa aku berumur sembilan tahun. Bila umur aku menginjak 13 tahun,ibu walid mendaftarkan aku ke sebuah sekolah yang dahulunya aku amat benci sebab adik-beradik aku dahulu semuanya bersekolah di SMAKL. Dan of course nak ikut kawan-kawan tapi result yg kurang memuaskan menyebabkan aku tak boleh ikut kawan-kawan aku yang lain. Tapi, 3 tahun aku bersekolah di SMAKL, jujur aku kata
5.00 pg - Bangun , mandi , gi surau

"TAK ADA SEKOLAH YANG DAPAT MENANDINGI SMAKL"
Kenapa aku kata macam ni? Sebab masa aku form 4, ibu walid pindahkan aku dari SMAKL dan masukkan aku ke sebuah sekolah Maahad yang sering dikagumi oleh rakyat luar kelantan. Namun, maahad yang aku masuk hanyalah sebuah maahad di mana merupakan cawangan Maahad Muhammadi Perempuan,Kota Bharu. Nama maahad ni ialah Maahad Muhammadi Perempuan Pasir Pekan, Pasir Pekan. Mula-mula, memang gembira sebab dapat keluar daripada sebuah tempat yang dianggap penjara bagi aku. Gembira tak gembira, perasaan tu hanyalah dirasai beberapa bulan sahaja. Perasaan gembira mula bertukar selepas aku menyedari tujuan aku berada di luar SMAKL. Ibu walid mula menunjuk ajar pada aku THE REALITY OF LIFE. Aku lihat dan memerhati berbagai-bagai jenis manusia yang mana bagi aku agak CULTURE SHOCK.
Waktu tu, baru aku sedar kenapa ibu walid sering berjuang menghantar lima puteri ke SMAKL. Sepanjang di SMAKL, ia ibarat aktiviti harian kami yang mana apabila sentiasa diulang aktiviti tu akan menjadi bosan yang teramat!
5.00 pg - Bangun , mandi , gi surau
6.00 pg - Solat Subuh , baca mathurat , buat tugasan pagi/ kemas dorm/kemas katil/ jemur baju
7.00 pg - Row-call
7.40 pg - Gi sekolah
3,40 ptg - Balik sekolah , Gi surau utk solat Asar berjemaah.
4.30 ptg - Solat Asar , Baca mathurat
5.30 ptg - masuk dorm , mandi
6.30 ptg - Keluar dorm , makan ptg
7.00 ptg - masuk surau , solat maghrib , baca Quran/kultum/tazkirah maghrib , solat isyak
9.00 mlm - PREP
10.30 mlm - Gi surau , baca Al-Mulk
11.00 - Masuk dorm, tidur
Ni kalau minggu persekolahan, kalau program wajib sekolah pulak ialah:
Isnin 2 minggu sekali : Ijtima' Am
Rabu malam : Halaqah Mak Cik
Jumaat pagi : Amal jama'ie
Jumaat pagi : Ijtima' Am
Tapi, masa aku form 4 aku rasa
Segala didikan tarbiyah yg aku dapat 3 tahun di SMAKL merupakan suatu MUTIARA yang sukar untuk dicari dan menjadi penguat buat aku di MMPP.
Apa mutiara yang aku kata berharga ? Kalau nak tahu mutiara apa, mutiara ni ialah suatu proses didikan yang mana bila kalian dapat merasai proses ni, kalian adalah golongan yang sangat beruntung dan apabila kalian berhadapan dengan masyarakat. kalian lah akan berasa sangat bersyukur kerana diberi proses didikan ni. Tak percaya? Masuklah SMAKL dan join lah program HALUAN, neccaya kalian akan merasainya! Aku tak tipu dan aku sendiri menangis sebab aku sangat bersyukur dilahirkan dalan suasana yang punya bi'ah yang sangat ALHAMDULILLAH.
Bukan tu sahaja, aku nak sangat tarik kawan-kawan aku untuk belajar menerima proses tarbiyah ini. Proses ni tak sama seperti proses yang kalian dapat di maahad. Ya, memang maahad2 di Kelantan juga mengamalkan bi'ah solehah dan sentiasa mentarbiyah pelajar, tapi tetap aku kata tak sama sepeti tarbiyah yang aku dapat drp SMAKL dan sekolah IPS yg lain kerana makna tarbiyah ini begitu mendalam.
"BUKAN AKU BANGGA DAN ANGKUH DENGAN APA YANG AKU ADA DAN KAWAN AKU TAK ADA TAPI AKU BERSYUKUR SEBAB AKU DIBERI PELUANG UNTUK MEMBUKTIKAN SECARA PRAKTIKAL KEPADA KAWAN-KAWAN AKU TENTANG DIDIKAN YANG AKU DAPAT."
Dan betul bukan senang.. Sebab aku dan sahibah2 aku juga diuji. Aku diuji dari sudut lain dan sahibah aku dari sudut lain. Tapi, aku takkan pernah berputus asa untuk menebarkan sayap dakwah tarbiyah kerana bukan senang nak senang dan bukan susah untuk susah, Apa-apa pun, keseluruhannya aku mengharap dan bergantung kepada keredhaan Allah s.w.t dan semoga Allah redha, InsyaAllah.
Comments
Post a Comment