QALBUN SAKINAH
Apa yang dimaksudkan dengan 'qalbun sakinah' atau hati yang tenang?
Adakah dengan kita memiliki harta yang menggunung? Atau juga bilangan kereta yang banyak? Atau mungkin juga rumah yang kaya raya bak istana?
Apakah semua ini menjanjikan hati yang tenang?
Ya, sekiranya kita menyalurkan kepada hal-hal yang baik.
Harta yang menggunung, kita sedekahkan kepada mereka yang memerlukan tiap bulan.
Kereta yang banyak, kita gunakan untuk melaksanakan kerja-kerja dakwah (angkut sahabat-sahabat pergi halaqah contohnya).
Rumah yang kaya raya, dimanfaatkan dengan melakukan program-program islami.
Jadi, adakah mereka yang tak punya segala apa yang aku sebutkan ini tak akan dikurniakan hati yang tenang?
Tak juga.
Ada orang, dia bahagia dengan apa yang dia ada.
Keluarga yang taat Allah dan Rasul,
Pasangan yang sentiasa amar ma'ruf dan nahi munkar,
Bi'ah (suasana) yang hidup dalam keadaan 'wasatiyyah' (sederhana).
~~~~~
Ada sebab kenapa aku ulas tajuk ini pada hari ini.
Aku kan, setiap kali aku 'detect' hati aku tak tenang, aku akan cepat-cepat cek amalan aku. Perbuatan apa yang aku dah buat sehingga menyebabkan aku tak tenang?
Re-check IMAN.
Mungkin aku kurang mengaji,
Mungkin aku kerap lambatkan solat,
Mungkin aku banyak tidur dan makan,
Atau.
Mungkin juga aku banyak buat maksiat.
Maksiat eh...
Banyak bercakap dengan si dia mungkin...
Tapi kadang sembang tentang masa depan bersama...
Tapi mungkin cara aku tak kena...
Jom perbaiki ;')
Comments
Post a Comment