MY STUDENT REPRESENTS ME

Malam ni aku nak menulis tentang seorang anak murid aku. Semestinya dia lebih tua daripada aku. Beberapa tahun je beza umur.

Anak murid aku ni ada satu sifat iaitu 'lack of confident'. Di mana bila dia mengaji (dia belajar IQRA'), dia akan ulang banyak kali untuk satu-satu baris. Ulangan dia sehingga 5-6 kali ulangan tapi hasil daripada ulangan dia tu tetap sama.

Ulangan kali pertama, salah. Ulangan kedua, betul. Tiga, betul. Tup tup masuk ulangan ke 6, kembali salah.

Sebab jadi macam tu?

Dia tak yakin apa yang dibaca.

Dan semestinya aku sebagai guru kena double triple sabar, senyum, 'steady', tegur bacaan dengan baik dan perlu ada intonasi suara yang sangat lembut.

Kejadian ni sering berlaku setiap kali kelas. Dia selalu salahkan diri dia dan aku pula kena selalu neutral kan pemikiran dia. hahaha. Kelakar betul.

Sebenarnya, anak murid aku ni mengingatkan aku yang dulu tau. Sewaktu aku di semester 5, aku selalu bersifat sebegini. 

Waktu tu giliran aku tasmi' dengan ustazah tapi Allah izin, aku tak lancar sedangkan sewaktu aku tasmi' dengan kawan, lancar elok je. Banyak kali aku ulang tempat yang sama sehingga ustazah naik stress. 

Lepas tu, ustazah pun minta aku tarik kerusi dan duduk sebelah meja guru (sebab biasanya kami tasmi' berhadapan dengan ustazah).

Ustazah memang bertegas gila dengan aku tika itu. Ustazah kata,

"Ulang tiga kali sahaja setiap ayat. Ni awak duk ulang banyak kali, memang la tak ingat!"

Dan ya, memang ada betulnya apa yang ustazah cakap. Semakin banyak kita ulang, semakin hilang fokus dan tahap kelancaran kita. Tapi situasi bergantung pada tahap masing-masing. Ada yang makin ulang, makin fokus tapi aku bukan yang jenis begitu lah.

Jadi, aku pun belajar dari kesilapan dan cuba untuk perbaiki kesalahan aku. Dan Alhamdulillah, aku dapat atasi kekurangan aku itu dengan baik.

Oleh itu, aku pun rasa aku nak 'apply' cara ustazah ni pada anak murid aku (kelas tadi dah cuba 'apply' dan Alhamdulillah macam menjadi). Semoga dia terus betah untuk mempelajari ilmu al-Quran, insyaAllah. Terus semangat yaa, wahai anak muridku! <3

Comments

Popular Posts