Ateh dah masuk MATRI😢

Bismillahirrahmanirrahim...

Saja nak tulis kat blog kali ni. Selalu cari masa bila boleh menulis tapi masa tak mengizinkan. Okay. Kali ni aku nak cerita tentang seorang daripada kakak2ku yang hebat memasuki sebuah sekolah di mana sekolah itulah yang menjadi idaman aku iaitu Maahad At-Tarbiyyah Al-Islamiyyah (MATRI) . Sebuah tapak ibu walid mengenal tarbiyah. Sebidang tanah yang mengajar umat manusia jatuh bangun seorang insan. Di sana juga terdapat syuyukh2 yang SANGAT aku kagumi. 😍😍

Selepas 5 tahun ateh bersekolah di MMP, ateh tak kenal erti tarbiyah. Hidup ateh yang tentu sebab tak dapat didikan langsung daripada sekolah2 ips. Senyum tawa sedih duka ateh , aku tahu. Dia cerita pada aku since i was her close sibling and bestfriend (main teke je..hahah) . Dan alang pun (termasuk aku kdg2) blame kat ibu walid kenapa tak masukkan ateh dekat sekolah sahabat. Ibu terang satu2 kenapa itu dan ini . Dan aku pun yakin mengapa Allah merencana semua ini. This is all about experience. She got to know the peoples who do not live in bi'ah solehah. Who do not even know what life for. And the most important thing is, she learned to be closed with these sort of peoples. It's amazing right?😉 That is one of reason why I'm proud with her a lot.

Okay. Sampai saat aku dan keluarga aku hantar ateh pi Perlis nak masuk asrama (30/06/17 - 02/07/17 | Jumaat-Ahad) . At first, aku tak sedih pun. Tapi aku dan alang bersngguh2 bantu ateh prepare barang nak masuk asrama. Dan berbagai2 nasihat kami bagi supaya dia tak lupa. After 3 days kami sekeluarga bermusafir, tibalah saat hantar ateh kat MATRI. Well, perasaan nak nangis masih lagi tak mai. Pelik jugak. I thought I might cry when sending her but it's not!

Sesampai je kat MATRI, aku dan alang tolong dia angkat barang2 buat masuk dorm. Jujur aku kata, asrama smakl is better than MATRI. Jadi, bersyukurlah dak2 semakel 😞 Lepas selesai angkat barang, ayaq mata aku tak keluaq2 lagi. Apesai jadi dgn aku nih? Pelik bin ajaib betul. Takpelah,aku pun masuk kereta cepat2 sebab nak kelik kelate pulok. Esok sekulah lah katakan n walid keje.

Pastu, sesi salam2 dgn ateh. Ateh hulur tangan nak salam dgn kami adik beradik (alang, ina, aku) . Aku tengok air muka dia. Ya Allah, sebak. Tiba2 air mata aku keluar sebab tengok ateh nangis lah niiii!! Semua keluar air mata. Walid pulak buat acah2 cool. Terus tarik cermin mata hitam pakai. (Alang yg cite) . Padahal nangis di sebalik ituuu. I know u walid.. Nak buat macam mana... Memang hakikat kehidupan kita berpisah dengan keluarga untuk mencari erti kehidupan yang sebenar. Belajar untuk berdiri di atas kaki sendiri. Aku dan kakak2 yg lain (kecuali ateh) dah merasai hidup berdikari kat smakl. So now, it comes to ateh's turn. Ateh's new life well said.

Masa kami hantar ateh tu sebenarnya sehari awal sebab kakak2 khassah '17 masuk esok. Pelajar2 lain mari hari ahad. That's why laaa. Dan aku tahu, ateh sedih sgt2 bila berpisah dengan kami (macam aku rasa dulu lah. Time ibu walid hantar lah is the sad moment ever). Nangis jebek org teganu panggil. Lagi luluh hati aku bila dapat tahu hari first day of school ateh. 😥😥 i wish i could be there and do everything for her. 💔💔

Last but not least, aku harap ateh dapat capai impian ateh. Harap ateh dapat jadi insan yang terbaik di kalangan adik beradik juga ummah. Semoga hati ateh sentiasa lembut menerima proses tarbiyah dan dapat membezakan kehidupan realiti dan kehidupan khayalan semata2. Aku yakin, saat ateh merasai dan mengenal proses tarbiyah, ateh akan menangis pagi petang siang malam. Sebab? Ateh bersyukur lahir dalam sebuab keluarga yang sentiasa mengikuti proses ini dan berazam untuk mengajak sahabat2 mmp kepada amar makruf nahi munkar. Ya, mungkin ada sedikit perasaan menyesal kerana tak masuk sekolah ips daripada awal. Apa2 pun aku doakan ateh yang terbaik sebab ateh sentiasa terbaik di mata aku , adik beradik juga ibu walid. ❤

Comments

Popular Posts