Adikku sayang 😹

Adik Ina. Sungguh mencabar dalam mendidik seorang adik. Huh. Tak tahu nak explain macam mana tapi yang pasti seorang adik pasti akan mengikuti jejak langkah kakak-kakaknya. adik pandai subjek Sains kerana dia sering membuat pemerhatian tentang sesuatu perkara dan cuba membuat uji kaji apa yang dia telah lihat. Bijak kan? Sungguh, kadang aku geram dengan sikapnya bajet matang! (hakikatnya memang matang) Sebab sewaktu aku melalui umurnya, aku tidak punya pemikiran seperti yang dia ada sekarang! Pemikirannya terlalu tinggi dan sukar untuk aku putar pemikiran dia kerana dia punya hujahnya sendiri (ina macam alang..)

Pagi tadi, ibu ajak aku pergi kedai makan untuk sarapan.Aku kata tak nak sebab nak tidur mengantuk. Namun,oleh kerana kata-kata ibu yang sebaris ini membuatkan aku berfikir beberapa kali dan akhirnya akur ikut ibu pergi makan. Ibu kata, "Awak buat perangai macam tu,adik tengok je apa yang kakak-kakak dia buat.nanti bila dia besar, dia pulak buat apa yang dia perhati dulu2." Tadi, ibu ajak ina ikut ibu dan walid pergi makan+lawat kawan walid sakit. Pastu, ina pulak buat perangai takboh ikut .Katanya, dia dah kenyang. Padahal, dia yang paling cepat lapar 😌 (acik takleh ikut sebab ada kelas malam nanti) Aku paksa juga supaya pergi ikut ibu tapi dia tetap takboh.

See? Ternyata, dia telah melaksanakan uji kaji yang dia telah perhatikan pagi tadi! Dia kata sebenarnya dia nak teman acik sebab tak boleh tengok kakak dia duduk kat rumah sorang2 (kesian kononnya😌) Jadi, kesimpulannya, kita sebagai kakak terutama perlu tunjuk perkara yang betul betul dapat membimbing adik kita means perkara yang baik. Sebab, kadang adik akan lebih cenderung mengikuti tingkah laku kakak kakak berbanding ibu bapanya sebab masa dia banyak diisi bersama adik beradik.

Done write up!

Comments

Popular Posts