Tahun mencabar💪
Bismillahirrahmanirrahim.
Syukur masih diberi peluang untuk bernafas hari ni. Syukur juga kerana dapat lagi merasai dua nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan nikmat Islam. ♥
Tahun ni, tahun yang mencabar buat aku. Sebab?
# Tahun aku masuk kelas baru. Oh, ini pengalaman aku tak lupa. Pengalaman masuk kelas akaun yang paling lambat. Request nak dekat akhir tahun, maka subjek seperti Add Math langsung aku tak belajar (Takda basic Add Math). Subjek Akaun takpa lagi sebab ada ateh/ibu yang boleh ajar. Beberapa hari sebelum buka sekolah, otak runsing fikir tak nak masuk kelas Akaun tu. Ya, tak suka. Hati tak rela sebab dari dulu diri ini bersangka buruk dengan kelas atas sebab bajet budak bijak. Tiba-tiba, ada satu masa aku tengok sebuah video tazkirah drp Dr Maza, beliau kata "kat atas bumi ni kita kena berjalan dan melihat . Sepeti dalam Quran, Allah kata ((فسيروا في الأرض فانظروا)) .Mulai itu, aku sedar bahawa aku perlu terima hakikat yang kita tak boleh bertapak di tanah yang sama. Aku perlu berjalan untuk melihat dunia yang luas ni. Jadi, aku kena redha bila Allah sudah letakkan aku masuk kelas atas. Lagipun, kelas tu aje yang ada subjek akaun.
Tak habis sini shj, ada ujian lain pula .Allah uji aku berada di kelas akaun. Maksudnya,bukan uji bagaimana kebanggan aku berada di kelas atas,tapi bagaiman perspektif budak kelas aku yang dulu. Mereka lihat sejauh mana perubahan aku/ layanan aku terhadap mereka.Ya,jujur. Mula-mula aku kekot nak tegur mereka.Bukan sebab aku sombong/pandang rendah tapi kerana aku malu. Aku di sekolah amatlah pemalu orangnya.(acecceh) Sebenarnya,aku pun tak tahu kenapa aku malu nak bercakap-cakap dengan mereka. Aku tak terlalu rapat dengan sesetengah budak kelas aku tapi aku memang terhibur dengan gelagat dorang yang gila-gila tu. Sampaikan ada satu masa, ada beberapa orang budak kelas aku yang dulu kata aku sombong lepas masuk kelas baru. Mungkin niat mereka untul bercanda tapi aku agak terkesan dengan kata-kata tu. Oleh sebab tu, kini aku bersikap lebih terbuka. Maksudnya, aku latih diri aku untuk bergaul dengan lebih ramai orang agar diri tidak lagi dianggap sedemikian. Sebenarnya, apabila kita buat orang gembira, kita juga akan terasa kegembiraan tu. ♡
# Tahun peperiksaan (SPM) yakni aku perlu buat yang terbaik buat Islam juga untuk membahagiakan ibu walid. Tuntut ilmu bukan sekadar menuntut, tapi saya juga perlu mengambil ilmu yang saya pelajari sebagai amalan seharian. Jadi, saya perlu hindarkan diri saya daripada perkara² yang bisa melembabkan otak saya. Saya tahu, kakak² di atas saya semuanya hebat hebat. Saya cemburu kerana saya sukar untuk menjadi seperti mereka. Jujur saya katakan, mereka semua adalah role model buat saya. Mereka adalah inspirasi saya untuk terus berdiri di atas medan menuntut ilmu juga medan dakwah. Tanpa mereka, tak mungkin saya akan menjadi Aisyah pada hari ini. Cukuplah pengalaman pahit menjadi sempadan untuk sata. Nak putar masa, dah tak boleh.
#Tahun aku menerima tanggungjawab. Walaupun orang nampak biasa tapi bagi aku, berat juga tanggungjawab ni. Perasaan ini sama seperti aku menjadi pengawas sekolah di SMA Kampung Laut. Jawatan yang aku terima ini, walaupun sekadar menjadi ahli, tapi semua ahli wajib bergerak yakni pelajar lain akan liat untuk berubah sekiranya BADAN ini tidak mahu berubah. Secara jelasnya, aku dilantik menjadi ahli BAKIS (Badan Dakwah dan Kepimpinan Islam). Ha, nama pun dakwah dan kepimpinan, jadi maknanya besarlah amanah aku tuk mengajak pelajar MMPP kearah kebaikan kan? Susah. Bukan senang sebab mata mata manusia sering tak puas hati apa yang kita buat. Sentiasa ada yang tak betul. Ya, untuk bersangka baik, mungkin dia mahu kita buat yang terbaik dan tak mahu main main. Hmm. Baiklah kalau begitu. #positivevibe. InsyaAllah, akan aku beri sepenuh jiwa raga aku terhadap Badan Dakwah ini walaupun kadang kadang jiwa aku tak sama dengan mereka. ops.
Barisan Ahli BAKIS 2017.
# Tahun aku belajar tentang manusia. Ini aku bercerita tentang aku. Aku juga sering dengar kakak aku ngomel tentang sifat aku yang satu ni. Iaitu suka menilai orang. Aku sering lihat seseorang dan terus menilai diri dia dalam hati. Aku tersedar perkara ni. Kadang, perkara ni aku tak sedar sebab kadang terasa bukan hati aku yang bercakap tapi sejenis makhluk musuh Adam yang cepat shj membisik di telinga aku bila temgok sesuatu. Setiap kali tu juga, aku banyak istighfar supaya hati ni tak cepat berkata kata. Ada sekali tu, memang aku tak lupa . Suatu hari tu lepas tamat sesi p&p, aku duduk di kaki lima sambil tunggu ateh mari ambik. Selepas tu, aku ternampak seprang ibu sedang membimbit beg sekolah anaknya. Hati kecil aku kata, 'pemalasnya budak ni. Beg pun suruh mak bawak'.Tup tup, aku tengok rupanya budak tu cacat tangan n kaki. (kakipendek sebelah tak silap) Waktu tu, lah shj yg tahu perasaan aku. Allah. berdosanya aku. Terlalu cepat judge hamba Allah. Nak minta maaf, tak berani. Aku diam je sambil istighfar byk byk dalam hati. Aku cerita dekat Along tentang perkara ni. Along kata, "bisikan hati lagi tajam daripada kata-kata"
Sekian coretan aku malam ni. Wallahua'lam.
*malam ni, duk kat rumah kelantan sorang-sorang. Ibu walid ateh ina balik ganu. Aku duk umah konon nak fokus study. Tapi, alu study ookay. Doakan yang terbaik untuk aku. Amin.
Comments
Post a Comment