Lama bercuti.

Lama betul rasanya saya tak menulis kali ini. Benar, blog bukanlah aplikasi yang perlu di update setiap hari. Ia perlu ditulis apabila perlu. Apabila merasakan perlunya seseorang manusia itu menulis. Hatta ulama' - ulama' juga menulis untuk menyebarkan ilmu. Begitu juga dengan saya. InsyaAllah, dengan ilmu yang ibarat setitis ait lautan ini akan saya kongsi dengan sebaik-baik yang mungkin. Saya menulis, bukanlah menginginkan ke 'popular' namun hanyalah ingin meluahkan rasa hati dan mungkin juga boleh dibuat rujukan buat anak cucu saya nanti. Kerana bagi saya, pentingnya penyebaran ilmu walaupun hanya dengan kata-kata. Mungkin di sekolah, kita lebih banyak memberi tazkirah dan sebagai namun penulisan juga dapat memberi sumber inpirasi dan dakwah kepada masyarakat. Malah, bagi saya otal saya lebih geliga apabila saya menulis kerana suasana di sekitar yang aman damai membuatkan otak lebih cergas. InsyaAllah, ada masa saya akan mula penyebaran ilmu yang sedikit ini.

Comments

Popular Posts