AmirahxHamizan
3 hari lagi untuk menyambut abang baru. Setelah hidup 16 tahun 3 bulan 8 hari tanpa kehadiran lelaki dalam rumah melainkan ayahanda seorang. Sungguh, sukar saya nak ungkap perasaan ini. Walaupun orang kata adik teruja lebih daripada kakak. Biarlah mulut orang. Dalam sudut hati saya, saya memikirkan adik beradik saya 20 tahun akan datang. Saya mahu kami dapat menerima kelemahan masing-masing. Seperti yang ibu kata semalam, hubungan adik beradik kena jaga. Terima kelemahan antara along, angah, alang, ateh, acik, dan adik ina. Jadi bila kita dah kenal kelemahan masing masing, bila orang luar berbicara tentang kelemahan adik beradik kita, kita boleh tutup kelemahan tu. Bukannya lagi memburukkan di hadapan khalayak ramai. Kurangkan pergaduhan, banyakkan persefahaman.
Ya Allah, aku terima semua kelemahan adik beradik aku. Engkau satukanlah hati hati antara kami agar sentiasa dapat buat keputusan dengan baik tanpa pergaduhan. Jauhkan keburuksangkaan antara kami. Kami mahu gapai syurga firdausMu di mana kami dapat mengumpulkan keluarga kami di bawah arasyMu . Berilah kekuatan kepada kami untuk menutup kelemahan adik beradik kami. Aku sayang adik beradik aku kerana Engkau, Ya Allah. Jauhkan kami daripada makhluk-makhluk yang bertopengkan manusia untuk menjarakkan hubungan kami. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Syukur kepada Allah kerana mengurniakan ibu walid serikandi-serikandi Islam yang cukup solehah. Ibu walid berusaha keras menanam benih kesatuan dalam hati anak-anaknya agar mereka dapat kekal bersatu di masa hadapan. Tanpa ibu walid, tak mungkin kami dapat melihat dunia ini. yakni dunia yang penuh pancaroba. Namun, aku yakin lahirnya kami di sini kerana Allah tahu kami mampu mengubah diri kami juga masyarakat. Ya Allah, Engkau titpkanlah keluarga AbuSakina ke SyurgaMu yang paling tinggi yakni Jannatul Firdaus. Engkau lah sebaik baik Raja dan tiada siapa dapat menandingi kemuliaanMu.
Comments
Post a Comment