I'M EVENTUALLY READY

3 Januari 2023, Selasa, 2.18 petang — tarikh keramat untuk diingati.

———

These past few years, aku akui keluarga aku dikurniakan banyak sangat nikmat oleh Allah. Jika dilihat dari dua aspek utama iaitu dari segi kewangan dan kebahagiaan keluarga, syukur kami dapat merasainya.

Jika dari segi kewangan, ibu walid sudah terlebih mampu menanggung keperluan dan kehendak kami adik beradik. Keluarga kami tidaklah terlalu kaya mahupun terlalu miskin tapi sangat mencukupi. Kami sebagai anak dapat apa yang kami inginkan. Alhamdulillah.

Manakala dari segi kebahagiaan keluarga, kami sekeluarga sudah pun perolehinya. Kami bahagia sangat dan rapat antara satu sama lain. Ujian sikit-sikit tu apalah sangat. Alhamdulillah.

Hidup kami sekeluarga serba cukup sampai terkadang aku pernah kerap kali terdetik suatu ketika dahulu,

'Terlalu banyak rezeki yang dianugerahkan pada keluarga aku sehingga aku tertanya-tanya tentang ujian apakah yang الله akan menguji keluarga aku? Namun jika benar ujian itu akan dikirim pada suatu masa akan datang, aku perlu persiapkan hati aku untuk menerimanya'

Hari berlalu hari - bulan berlalu bulan - tahun berlalu tahun, akhirnya pada 3/1/23 inilah الله menguji kami sekeluarga. Iaitu kehilangan ayah tercinta. Ya, aku sangat sedih kerana aku tak menjangka bentuk ujian beginilah yang bakal dikirim. Tapi, hati aku tenang. Seolah-olah aku sudah bersedia untuk menghadapi ujian sebegini. Jika ditanya pada adik-beradik aku, begini jugalah jawapan mereka kerana kami pernah berkongsi rasa pada malam kejadian. Kami sedih tapi kami sedia.

Banyak hari aku memikirkan apa yang membuatkan aku sebegini bersedia? Rupa-rupanya kerana aku sering terdetik hati suatu ketika dahulu. Hati sudah awal lagi meminta aku bersedia dengan apa jua ujian yang bakal berlaku pada keluarga aku.

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Aku dapat merasai terlalu banyak hikmah di sebalik pemergian walid. Nikmat selepas hujan itu bahkan lebih indah dan menenangkan serta menambahkan lebih banyak rezeki kami. Syukur.

Comments

Popular Posts