Hai

It has been a long time since I had written here. This time around I feel a different me.

Wahai kamu,
Bacalah dengan mata hati. Lembutkan hati kamu sebelum membaca luahanku ini kerana ego mu mungkin akan sedikit tercalar. Maafkan aku jika engkau tersinggung dengan kata-kata ku kerana ini adalah apa yang aku rasa. 

......

Dia yang banyak kelebihan, lebih dikenali, ramai kawan sedangkan aku hanya pandai belajar (dan masih tak pandai) dan tak pandai buat kawan.

Aku cemburu. Ya, cemburu.

Tapi bukanlah cemburu kerana aku tidak punya kelebihan seperti yang dia ada.

Apabila aku meluahkan rasa, dikatanya aku over reacting dan cepat melatah. 

Ceritakan padaku, siapa saja yang tak cemburu bila mana kawan-kawan perempuan ku bercakap mengenainya depan belakang kiri dan kanan aku?

Aku tak ingin ke hadapan cuma aku cemburu apabila banyak mata memerhati tingkah lakunya. Aku hanya mampu berdoa agar Allah memelihara hati kami.

Adakah engkau sedang diuji, wahai pasangan ku?
Dulu engkau mengatakan aku yang tidak menjaga tingkah laku, namun mengapa kini engkau pula yang sebegitu? Adakah aku belum cukup mengenalimu? Adakah aku sudah cukup bersabar dengan semua perbuatanmu? Atau adakah aku terlalu mencintaimu?

Aku perasan bukannya tidak perasan. Tingkah lakumu sedikit berubah semenjak dua menjak ini. Mungkin kerana perbuatan ku yang acuh tak acuh. Atau hanya aku yang semakin tergilakan cinta mu. Engkau sudah kurang fokus apabila mendengar luahanku. Layanan mu juga sudah berbeza berbanding dahulu. Sikap mu juga tidak lagi seperti dahulu yang tampak tulus menyintai aku. Adakah terdapat kesilapanku di sebalik tingkah laku mu yang berubah mendadak seperti itu?

Hahaha, kerana inilah aku tidak mahu bercinta kerana saat aku mulai memberi hati, ia pasti akan dicemari. Kerana ini juga lah aku mulai takut mencintai kerana pasti dibayangi.

Di saat aku melihat engkau banyak ke hadapan & banyak mulut wanita membicarakan soal mu, hati ku kerap berbisik, "aku perlu jadi seperti dia agar orang melihat aku setanding dengannya (sama padan dan serasi apabila berpasangan dengan dirinya)" dan aku masih merasakan yang aku kurang & kurang.

Bukanlah aku tidak ingin engkau lebih dariku, cuma aku risau ramai yang meminati mu. Mungkin engkau rasa aku hanya mengarut, tapi aku perempuan. Aku tahu engkau punya ciri-ciri idaman wanita. Aku tahu ciri-ciri lelaki yang bagaimana yang disukai wanita. Kerana aku juga seorang wanita.

Jika engkau tidak setuju dengan kata-kataku, ya tak mengapalah. Itu hak mu. Bila saja engkau pernah mendengar dan menerima ucapanku dengan baik.

Hari ini, aku akan mulai bersederhana dalam melayani dan menyantuni mu. Aku tidak ingin sakit hati lagi kerana sikapmu. Aku mulai mahu membuka minda dan redha apa sahaja yang berlaku. Jika panjang jodoh kita, maka adalah. Jika tidak, aku doakan kau temui wanita yang lebih baik daripada diriku yang serba kekurangan.

Comments

Popular Posts