Kuat

Membina Quran4lyfe untuk masa depan yang panjang. Bagi aku, ini bukanlah suatu angan-angan kosong kerana aku punya cita-cita yang tinggi untuk direalisasikan. Cuma, aku takut andai dia membiarkan aku melakukan tugas pembangunan ini seorang diri. Aku tak kuat untuk melakukan seorang diri.

Ada sebab kenapa aku berjuang untuk membangunkan platform ini. Antaranya aku sudah mulakan maka aku perlu meneruskan ia. Tidak lagi boleh berpatah balik. Selain itu, ibu walid sudah menyumbang modal yang banyak untuk syarikat besar kami. Aku akan berasa teramat kesal jika aku gagal pertahankan platform  ini kerana ia melibatkan duit. Duit ibu walid aku pula tu. 

Selain itu, aku ingin menjadikan platform ini sebagai sumber pendapatan keluarga kecil ku kelak. Bukanlah aku tak ingin bekerja kerajaan tapi aku mahu teruskan apa yang aku dah mulakan. Sejujurnya aku sangat berharap dia kekal dalam medan ini bersama aku.

Cita-cita aku tinggi. Banyak hal yang ingin aku capai sebelum aku mencecah umur 30. Antaranya nak cantikkan rumah ibu bapa ku. Dan nak bayar ptptn menggunakan hasil dapatanku sendiri. Aku ingin buka bangunan 'specialize' under Quran4lyfe. Aku ingin buka kelas mengaji offline & online. Aku ingin buka kelas-kelas fardhu ain. Aku ingin melakukan perniagaan jual beli. 

Banyak benda yang aku ingin buat. Aku harap orang tidak memandang bahawa ini angan kosong kerana hakikatnya ini adalah angan yang berisi. Bantu aku, ya allah. Semoga di setiap perjalanan menaikkan platform ini dipermudahkan dan diberkati olehNya. Dan semoga perniagaan-perniagaan lain yang berada di bawah syarikat keluarga ku juga berkembang biak dan pesat.

Amin ya rabb.

Comments

Popular Posts