Umrah '22

Alhamdulillah gembira sangat sebab dapat menjejakkan kaki di tanah suci. Dulu rasa ia bagaikan impossible untuk berlaku tapi Allah izin pada umur 22 tahun ini aku dapat merasainya.

Jujur, tiada satu pun saat aku bersedih hati sepanjang aku di 2 tanah haram ini. Bahkan aku teruja kerana aku dapat menangis pada hari terakhir di kedua-dua tanah haram. Ia tanda aku sangat sayu untuk meninggalkan tempat² ini.

Boleh aku katakan, sewaktu aku di madinah, ia menambahkan cinta & rindu aku terhadap Rasulullah saw & saat aku di Mekah, aku jatuh cinta terhadap Allah swt. In simply word, aku boleh rasa iman aku bertambah demi hari ke hari sepanjang di sana.

Syukur juga kerana aku dapat khatam 30 juz al-Quran sewaktu aku di sana. Ia bagaikan mimpi, cuma kalini mimpi ini menjadi kenyataan. Alhamdulillah. Setiap hari tanpa henti aku membaca 2 juz walaupun hampir setiap hari kami ada sesi ziarah tempat² nabi. Penat memang penat, tapi apabila memikirkan ganjaran pahala yang diberikan buat mereka yang dapat khatam Quran di antara dua tanah haram ini telah menyemarakkan lagi semangat aku.

Aku sedar, perjuangan dakwah aku terlalu sedikit jika dibandingkan dengan Nabi saw. Sejarah Nabi saw yang paling memberi kesan pada aku ialah sewaktu Nabi saw ke Toif sebaik sahaja kematian Abu Talib & kewafatan Khadijah. Dalam ramai² penduduk Toif, hanya seorang sahaja yang menerima dakwah Nabi. MasyaAllah.

Aku perlu bangkit untuk kembali menyambung risalah Nabi saw walau apa pun yang terjadi. Doakan aku dapat terus tsabat di atas jalan ni. Bismillahi tawakkaltu ala Allah❤️

Comments

Popular Posts