HI JOHOR! (pt 1)
Bismillahirrahmanirrahim. Hai semua~ hahaha. Setelah sekian lama tidak menulis, jadi hari ini aku ingin bercerita tentang musafir aku ke Johor. Tujuan ke sana tak lain dan tak bukan adalah untuk menghadiri majlis sambut pengantin keluarga bagi keluarga si dia. Maklumlah, baru-baru ni kan abang dia selamat bernikah dengan pilihan pasangan hidupnya, jadi kinilah waktu majlis sambut pengantin.
Sebenarnya sehari sebelum aku berangkat ke Johor, Allah izin aku jatuh sakit. Boleh dikatakan sakit 3 serangkai. Sakit belakang, gastrik, demam. Semuanya berlaku dalam hari yang sama. Aku agak risau kalau-kalau aku tak dapat pergi Johor sebab ye lah, kalau dah sakit, mungkin makan 2-3 hari juga nak sihat. Si dia mula risaukan diriku. Bermacam-macam ubat dan saranan yang diberikan olehnya. Risau katanya. Dan ya, banyak betul ubat aku makan pada hari tu demi nak cepat sembuh.
Ibu cakap, mungkin ni ujian umrah. Allah nak hapus dosa-dosa sebelum berangkat umrah. Hmm, betullah tu kot kan. Dan, Allah izin juga, malam itu juga demam aku mulai kebas sebab aku ada jarang dahi aku dengan ais batu. Alhamdulillah sangat, aku terjaga dari tidur, terus rasa hilang panas dan hilang sakit gastrik. Ajaib juga bagi aku sebab tak pernah lagi aku sakit dan sihat dalam masa sehari. haha. Apa-apa pun, syukur! sebab perjalanan aku nak ke Johor tak terbantut. hahaha.
Esok malamnya, aku bertolak dari Kota Bharu ke Ayer Hitam, Johor dengan menaiki bas mutiara pada jam 8 malam. Perjalanan kira-kira 10 jam. hahaha, jauh ya. Kebas punggung saya. Disebabkan aku jenis mabuk kenderaan, maka bermulalah sesi aku pening kepala yang teramat dan terasa nak muntah. Dengan ketiadaan ubat mahupun cicipan, aku terus lelapkan mata demi nak elak muntah dalam bas. Kang termuntah, malu la saya. Tika itu, satu sahaja yang bermain di minda ku,
'Itulah, nak sangat kahwin dengan orang Johor. Inilah hasilnya.'
Dekah aku gelak. hahaha. Tapi takpa. Bukannya aku tak biasa musafir luar negeri. Dah selalu musafir seorang diri asbab pergi program dnt. Cuma kalini aku bermusafir dengan kakak dan adikku. Ada jugalah peneman setidaknya.
Pagi itu jam 6, kami tiba di stesen bas ayer hitam. Sunyi dan bercahaya. Kami melihat kawasan sekeliling kot-kot terdapat surau berdekatan memandangkan azan subuh sebentar sahaja lagi. Kemudian, kami terdengar azan hampir dengan kami. "Mungkin ada surau atas stesen ni." Ujar alang, kakakku. Maka, kami segera bergegas ke surau untuk menunaikan solat sementara menunggu sahabat dq ku datang ambil.
Seusai solat subuh, tak lama kemudian, sahabat ku yang tinggal di Ayer Hitam pun tiba. Rinduu. Lama tak jumpa. Lebih kurang 10 bulan juga kerana kali terakhir kami berpisah semasa tamat diploma di dq. Maka, kami terus mengangkut beg ke bonet kereta dan menuju ke sebuah warung lontong. Aku agak teruja kerana sudah sekian lama aku mengidam makanan johor. Antaranya lontong dan nasi ambeng. hahah. Dulu, selalu juga makan sewaktu di dq dengan kawan johor ku yang lain.
Setibanya kami di warung, aku pun memesan lontong paru. Sebut sahaja paru, ia mengingatkan aku pada lauk paru sambal pedas kak zue sewaktu di dq dahulu. Sedap.. Sedang menunggu makanan sampai, sempat aku berbual dan bertanya khabar dengan sahabat ku itu. Kami saling berkongsi cerita memandangkan banyak juga yang dipendam selama ni. hahaha. Sesampai sahaja makanan, aku begitu teruja ya ingin memakannya. Tidak pernah muncul dek akal bahawa aku akan merasai lontong lagi. Alhamdulillah, harinilah harinya.
Selepas makan, kami dibawa pulang ke rumahnya sebelum bertolak ke Simpang Renggam bagi sesi rewang di rumah si dia. Hampir 3 jam kami istirehat dek letih di dalam bas.
Comments
Post a Comment