LARI
Sebut tentang tarbiah, aku selalu berasa sedih. Rasa berair je mata aku.
KISAH AKU.
Dulu, tarbiah aku jelas. Matlamat aku cerah. Sahibah se fikrah aku ramai. Tapi sayang, rasa ini (kekuatan tarbiah) hanya bertahan 3 tahun (2018-2020). Aku mula hilang diri aku saat berlakunya covid-19. Aku terjebak dengan pubg, berkenalan dengan orang itu ini yang sehingga menyebabkan hati aku rosak, jauh, gelap.
Aku tak ingin menceritakan keburukan aku kerana cukuplah hanya aku yang merasai pedihnya menanggung diri sirat dengan dosa.
Aku mula tak ikut program tarbiah. Halaqah yang selalunya seminggu sekali menjadi dua minggu sekali. Penerusan tarbiah mula melemah. Sahibah mula menghilang dan aku lari daripada mereka.
Aku tak nafi, diri aku yang hari ini juga masih sama walaupun Alhamdulillah aku dah berhenti daripada bermain pubg. Aku putuskan hubungan kawan dengan semua orang yang aku kenal di pubg. Aku mulakan hidup baru. Cuma satu perkara yang masih sama ialah aku masih menjauh daripada sahibah.
Hidup aku 50/50. Aku rindu diri aku yang dahulu tapi dalam masa yang sama, aku sayang dengan diri aku yang hari ini. Diriku yang dahulu kurang mencintai diriku yang seadanya namun sangat kuat ukhuwah dengan sahibah. Sangat berbeza dengan diriku yang harini. Aku yang harini... hati aku dah hilang keterikatan dengan sahibah.
Rasa tak boleh 'go'.
Mungkin betullah kata si dia,
"Aku buat sesuatu benda kerana orang. Bukan kerana tarbiah mahupun aku sendiri yang sedar baik buruk."
Sebab tu aku hilang diri aku yang dahulu. Kerana aku buat kerana orang, bukan kerana aku benar-benar sedar.
:')
Comments
Post a Comment