Angah got married!
21/11/21 | Angah got married.
I wont forget this date. Such an important date to me.
Sehari selepas angah bernikah, aku mulai rindu bergurau senda, mengusik dan bergaduh dengan angah.
Angah bagi aku seorang kakak yang tersangat baik. Tak pernah berkira dengan adik beradik. Pantang ada duit, pasti akan mendahulukan keluarga.
Ada suatu ketika aku dan alang di dalam kereta, alang berkata pada aku.
"Kahwin ni menyedihkan juga sebenarnya. Sebab kita akan berpisah dengan keluarga. Ya, gembira dengan selamat bernikah dengan orang yang kita cintai TAPI sedih apabila terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga yang sama² membesar waktu dahulu kala"
Ya, aku tak menafikan ucapan alang.
Semalam, aku menangis lagi. Kali ni lebih dahsyat dan perit. Jujur, aku tak tahu kenapa aku menangis. Banyak sebab yang menjadi faktor aku sedih.
Antaranya, aku berasa gagal menjadi kakak yang terbaik buat ina hingga menyebabkan ina seringkali bergaduh denganku. Selain itu, kata-kata yang diungkapkan oleh along sewaktu perjalanan pulang ke rumah selepas meluang masa bersama adik beradik di Seoul Garden yang agak mengguris hati aku. Dan aku menangis kerana angah pergi meninggalkan aku di rumah.
Kalau along merupakan teman yang aku selalu minta pendapat tentang alam rumah tangga, alang menjadi teman decorate rumah, ateh teman gila², ina teman menyakat, maka angah menjadi teman aku yang selalu bersih rumah sama².
Kelmarin aku menangis di sisi katil. Angah datang kepadaku bertanyakan hal kenapa aku menangis. Aku cakap,
"Angah, kalau angah takda, siapa yang nak tolong acik kemas rumah? Acik penat... Acik tak boleh buat sorang²" (wallahi, aku penat)
Aku bertutur dalam keadaan menangis teresak-esak. 😭
Lembut angah membalas + suara bergetar menahan tangisan sambil mengusap belakang aku,
"Acik, acik buat yang mana mampu. Acik tak mampu, acik rehat. Acik kena yakin, Allah akan bantu acik. Allah akan mudahkan urusan belajar acik. Okey?"
Sebelum angah keluar dari bilik, angah peluk aku + menahan tangisan, angah mendoakan kejayaan buat diriku dunia dan akhirat.
Ya Allah, aku sedih. Sekarang aku menulis dalam keadaan menangis lagi. 😭
Aku dan angah memang ada persamaan personaliti. Cepat terasa, rajin kemas rumah, sukakan kedamaian. Sebab tu aku sedih bila angah pergi. Seolah-olah aku telah hilang geng aku.
Comments
Post a Comment