Unofficially graduated bruhh
Bismillah.
Helloo my new mee.
Ahaha.
Hari ini sudah pun 3 Mei 2021.
Tepat tarikh 30 April 2021, genap 3 tahun aku menuntut ilmu di bumi barakah, Darul Quran JAKIM.
Yakni Bumi Quran dan Syurga Dunia.
Rindu?
Haruslah! HAHAHA
Tapi yang penting, hanya rindu untuk menggamit memoir bersama sahabat-sahabat Quran dan bukannya rindu untuk belajar semula di sana.
😅😂
Besar sudah si Aisyah ini.
Aisyah yang dulunya tidak pernah terbayang dek akal akan menjejakkan kaki sebagai seorang pelajar di DQ.
Hari ini, secara tidak rasmi suda bergelar 'Graduan Darul Quran'.
Semoga saja pengalaman dan kenangan yang diukir dapat terus disemat di ingatan dan sanubari. Terlalu banyak memori yang dicipta sehingga tidak mampu diceriterakan di sini. Cukuplah disimpan di ingatan dan seterusnya menceritakan kepada anak cucu kelak.
Buat mereka yang pernah hadir dalam hidup seketul Aisyah terutamanya H.A.Q, AODA, Aida, SyahZaf, Piyaa, Fathiyah, Sai, Geng Elci, Halaqah Ummi dan SYARQAWIY,
Jutaan terima kasih saya ucapkan.
Terima kasih kerana pernah mewarnai kehidupan ini dengan suka dan duka.
Semoga saja, kita dapat berjumpa lagi.
Doakan saya bersemangat menuntut ilmu hingga ke pintu PhD, insyaAllah.
Diploma Tahfiz al-Quran & al-Qiraat (Dakwah) 18/21,
عيش شاطر SIGNED OFF📝
Comments
Post a Comment