AKU & KAMU

 Bismillahirrahmanirrahim...


Hari ini merupakan hari kedua final exam semester 5. Pejam celik, pejam celik dah nak keluar dq. How time flies. ;)

Malam ini juga mengingatkan aku yang dahulu.

Aku sering merasakan aku dah tak mahu meneruskan kehidupan atas asbab keaiban dan kelemahan aku yang terlalu banyak. Aku sangat malu dengan diri aku tapi baiknya Allah kerana sehingga kini Dia menjaga aib-aibku.

Sering juga aku ingin melakukan sesi kaunseling tapi aku terlalu malu untuk menceritakan kisah aku kerana aku yang hari ini dan aku yang dahulu sangatlah berbeza. Kalaulah bukan kerana proses tarbiah yang aku jalani, maka tidak lahirlah aku yang hari ini.

Terima kasih Ya Tuhan kerana masih menyayangi aku.

Terima kasih kerana segera menjauhkan aku daripada perkara-perkara yang tidak baik untuk aku dan agama ku.

.     .     .     .     .     .

Aku sedih,

Kerana bukanlah nak dikatakan aku ini solehah mahupun cantik,

Tapi aku juga punya hati dan perasaan.

Aku tak bodoh.

Tapi mengapa aku merasakan aku diperbodohkan dengan mudahnya..


Seiring umur meningkat, rupanya aku juga melalui fasa percintaan.

Dari dulu tidak pernah aku merasakan ada orang suka aku.

Jadi aku agak terkejut bila masuk di medan ipt dan mendapati ada orang minat aku.

Bagi aku, aku ni bukanlah sesiapa.

Kadang, aku ragu-ragu untuk terlalu menyintai kerana aku juga tidak menyayangi diriku.

Aku takut nanti aku tidak menghargai kehadiran dirinya.


Dan sejujurnya,

Aku belum benar-benar bersedia untuk menyintai kerana masih banyak kekurangan dalam diriku yang perlu aku baiki.

Aku belum benar-benar bersedia untuk hidup berkeluarga kerana ia memerlukan komitmen yang sangat besar.

Dan aku belum benar-benar memberikan sepenuhnya diri aku dalam melakukan kerja dakwah & tarbiah.


Mungkin rasa sedia itu akan muncul.

Suatu hari nanti.

Saat jiwa, mental aku bersedia.

.     .     .     .     .     .     .

Buat kamu,

Aku pinta hanya satu,

Kamu buatlah apa sahaja yang kamu suka,

Asalkan ia memberi manfaat kepada diri kamu,agama & masyrakat.

Jika benarlah tercatat kita ditakdirkan berdua,

Maka aku berharap kamu dapat bersama-sama denganku di waktu susah mahupun lapang.

Jika kamu baik untuk penerusan dakwah & tarbiah aku, kamu, zuriat dan keturunanku,

Semoga kita dapat bersatu di hari yang telah ditetapkan olehNya.


from : shateerah (11.04.2020)

Comments

Popular Posts