Allah sayang😘

Bismillahirrahmanirrahim ...

Ujian yang diberi adalah untuk mematangkan diri dan kembali kepada Dia. Setiap perbuatan yang memaksa kita untuk membuat keputusan sendiri mestilah bersandarkan kepada Sang Pencipta. Moga-moga keputusan yang dibuat merupakan ilham daripada Allah s.w.t. Apa-apa pun, yng penting sekali ialah sujud pada Allah dahulu. Bukan cerita pada manusia. Ini hal kedua. Nak bagitau baiknya Allah ni, Allah sering memberi ujian kepada kita adalah tanda Allah sentiasa mahu mentarbiyah hambaNya. Kita sentiasa mencari 'point' posititf atas setiap yang berlaku. 

Pernah sekali, diri ini mengadu pada manusia dahulu berbanding Sang Pemberi Ujian. Pernah diri ini menyalahkan takdir kenapa 'aku yang diberi ujian sebegini?'. Pernah diri ini berkata 'lebih baik aku mati saja'. Sedikit pun tiada pengharapan selepas ujian itu mendatang. Menangis punya menangis. Namun, masih merasakan seperti tiada jalan penyelesaian kepada masalah ini. Buntu.

At last, I'm giving up. 

And you know what, there's nothing if you're giving up. You'll not get any way to solve the matter from Him nor humans. As if He let you alone.

Sebanyak mana pun kau menangis, tapi tak ada pergantungan sikit pun ada Dia, it's nothing. Believe me. 

Jadi, selepas kita sedar semua kekhilafan maka kita akan kembali. Dalam sujud, kita menangis teresak-esak bagai tiada hari esok. Kita akui kesalahan yang telah kita lakukan. Kita berjanji untuk tidak mengulanginya. Waktu tu, hanya KITA dan DIA.

Hanya Dia yang tahu kisah silam kita.
Hanya Dia yang tahu keaiban diri kita.
Hanya Dia yang tahu apa ujian kita.
Dan hanya Dia yang tahu jalan keluar kepada ujian kita.

Teruslah bercinta denganNya sebelum dikau menagih cinta manusia. Teruslah mencari hikmah di setiap perjalanan hidupmu. Dan jadikan ianya sebagai satu pembangkit semangat. Jangan pernah putus asa selagi masih ada yang mahu mendengar luahan hati itu.

Percaya pada dirimu bahawa engkau sentiasa boleh belajar atas setiap apa yang berlaku.

Everyday we are a new learner so why not?

Jangan malu tapi teruskan semangatmu. Biar ia seperti bara api. InsyaAllah you can do it! 

So, to those yang tidak henti² diberi ujian, satu ja nak pesan, jangan pernah mengalah untuk memohon jalan penyelesaian kepada Allah . Allah adalah sebaik-baik jalan keluar kepada ujian. 

Bi iznillah, ya habibati😘

Khamis,
14 Feb 2019,
4.25 pagi,
Bas MUTIARA (KB - TG MALIM) 4
Ujian walid, 4-14 feb❤ #kpjperdanaKB

Comments

Popular Posts