The end of the year.
Bismillahirrahmanirrahim...
Pejam celik, pejam celik dah nak masuk 2019. Cepatnya masa berlalu~~ Dulu, baru habis spm. Sekarang, dah nak tamat short semester 2 . Alhamdulillah for all the experiences. Gembira ada, nangis ada, redha ada. haha macam2 feeling tahun ni. Syukur sebab Allah beri peluang aku hidup dan merasai pengalaman-pengalaman yang tak semua orang lalui sebab mereka punya perjalanan hidup yang tersendiri.
Alhamdulillah juga kerja dakwah aku semakin hari semakin dipermudah. Akak-akak sahibah mula belajar mengenali tarbiyah. Mula slow-slow consistent ikut usrah dan program. Dan juga aku dapat masukkan seorang lagi sahabat yang aku sayangi kerana Allah ke dalam usrah, Which is that person was the one who I annoyed then but not now. Seperti menjilat air liur sendiri (peribahasa). She's my new mad'u. So now, my mad'u are three but my target is finding another four mad'u. InsyaAllah, i will try my best. Thank you Aida for accepting me again as your friend...
Ceritera seterusnya ialah tanggungjawabku yang lain iaitu menghafal al-Quran. Sejak dua menjak ni, aku semakin slow. Result tasmik aku semakin jatuh. Awalnya, aku tak dapat mengesyaki kenapa hal sebegini terjadi pada diri aku. Lama kelamaan, Allah hantar Aisyah Zaf untuk tegur aku yang mana aku sedar masuk semester 2 ni aku sering _____ _____. Bukan sekali. Tapi banyak kali. Boleh aku katakan lebih 5 kali. Bahaya kan aku ni? Buat kerja dakwah tapi HDA tak jaga. Main-main. Tak ada keseriusan langsung. Huh. Aku sedar tapi kadangkala aku malas nak ubah, Ya, bilamana sesuatu itu menjadi habit maka susahlah untuk aku mengubahnya. Malu nak ucap tapi aku tahu aku banyak buat dosa sem ni. Allahu. InsyaAllah buka cuti mid-sem aku akan men'sifa'kan ia. Aku tak nak lagi main-main lagi. Kalau aku main-main, nanti habis satu AQ akan beri kesan pada aku iaitu sukar nak iadah . Benda ni lah yang paling aku nak hindar. Bak kata walid, alah bisa tegal biasa. Jadi aku nak lalui bisa hafal juz 13 kemudian insyaAllah akan jd biasa next2 juz,
Seterusnya, aku nak bagitau yang aku ada target untuk kurus menjelang bulan 3 tahun depan sebelum ateh balik. Aku nak jaga pemakanan aku dengan cara aku mengikuti sunnah bukan ikut cara barat. Doakan aku konsisten yaa. Aku dah start program diet ni dua hari lepas tapi terbantut sekejap hari ni sebab walid ajak makan ikan bakar dan sotong celup tepung dekat Kuala Besut maka aku pun kalah. Tapi!Hari ni je. Esok, back to my routine.Aku sedar, pipi aku makin naik dan badan juga cuma yelah. Suka memanjakan diri sendiri. Haih. Aku pun dah beli online utk bersenam nanti,insyaAllah such as skipping rope, sport shoes and badminton. Aku beli things yang aku minat. Aku suka main tali skipping dan badminton, So,jika dua ni akan menggalakkan aku kurus maka aku akan cuba BELI dan BERLATIH. apa salahnya,kan.. ahaahah
Haa tulah sikit luahan hati aku malam ni. Dah ngantuk ni. Baru sampai kelantan from trg. Ponet den.. InsyaAllah di mana ada usaha, di situ ada jalan. Maka, aku mahu ingatkan diri aku agar tidak sibuk dengan programs semester, program persatuan sehingga aku gagal menyertai program kita. Tujuan aku di sini, mahu menjadi pemikir dan penggerak sahibah DQ. Jadi, aku akan buat apa2 sahaja untuk sampaikan kefahaman tarbiyah kpd sahibah dq,insyaAllah.
Akhir kata, wallahua'lam.
201219 | 2.32 a.m | Sabtu
Comments
Post a Comment