#SPM2017

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah segala penantian kini terungkai keputusan peperiksan SPM aku. Hanya Allah yang Maha Memberi manakala aku sebagai hamba hanya menerima apa yang diberi. Bersyukur? Ya. Sangat bersyukur kerana aku dapat merasai suatu nikmat kebahagiaan yang terbesar sepanjang aku hidup 18 tahun. Nikmat di mana Allah menangguh-nangguhkan sehingga sampai suatu masa yang sesuai iaitu kelmarin. Nikmat kejayaan yang Dia beri telah membahagiakan dua insan yang paling aku sayang. Insan yang banyak mengorbankan masa, tenaga, wang buat aku. Mereka ialah ibu dan walid.

Aku ini bukanlah pelajar yang bijak. Belajar sekali dah masuk kepala. Tapi, Allah izin Allah bagi juga pada aku. Dari dulu, semasa UPSR keputusan peperiksaan aku tidaklah tinggi mana. Sekadar cukup-cukup makan. Tu pun, tak berapa nak cukup juga. Tapi, aku bersyukur. Amu sedar kekhilafan yang telah aku lakukan sebelum itu. Naik tingkatan satu, aku mula mengenali Dia. Dia membuatkan aku sedar bahawa aku ini hanya insan biasa yang punya kelemahan dan kelebihan. Tempoh tiga tahun di sekolah tanah wakafan (SMAKL) cukup memberikan aku suatu kefahaman yang tidak dapat dikecapi oleh semua orang. Kefahaman tarbiyah. Memerlukan proses didikan hati yang mana panjang tempoh prosesnya. Semasa tingkatan tiga, Allah telah memberikan mengikut apa keperluan aku. Aku lemah dari segi mengira tapi aku minat mengira. Aku berusaha dan terus berusaha. Sebaik sahaja tamat peperiksaan bagi subjek mengira itu, aku mohon pada Dia agar aku mendapat 70 dan ke atas untuk subjek ini dalam setiap kali waktu solat.Sampai satu masa, aku dan sahabat-sahabat yang lain dipanggil oleh guru-guru pt3 untuk menyemak markah peperiksaan masing-masing. Tika itu, aku melihat markah subjek Matematik aku. Gembira. Sangat gembira. Kerana aku tak pernah dapat B untuk subjek itu. Dari situ, setiap kali solat pasti akan aku minta pada Allah agar peroleh gred B itu. Dan minta gred tidak naik. Allah izin, result pt3 aku kurang memuaskan hati aku kerana aku gagal mendapat A bagi subjek Bahasa Arab. Walid juga tidak puas hati kerana mana mungkin aku seorang yang lemah BA sebab hakikatnya anak-anaknya yang lain semua terer BA.

Sebaik sahaja aku memasuki tingkatan empat, aku dipindahkan ke maahad di kelantan. Di situ, keputusan peperiksaan aku mula menonjol. Aku peroleh 9mumtaz dan 1jayyid jiddan bagi peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) tahun 2016. Alhamdulillah. SMU ini tidaklah sesusah sangkaan aku selama ini. Ibu walid kelihatan bangga saat aku peroleh result yang cemerlang tika itu. Namun, naik tingkatan lima ibu mula risau akan keadaanku. Ibu mula menyuruh aku agar struggle untuk subjek-subjek SPM. Mulanya, aku berasa terpaksa kerana pada tahun itu aku perlu menambah dua subjek yang aku tidak pernah pelajarinya sebelum ini iaitu subjek Akaun dan AddMath. Akaun takpa kerana aku boleh belajar dengan ibu. Addmath... Satu subjek yang aku risau-risaukan. Jujur aku katakan, aku tak minat dan tak suka AddMath dan aku memang tak kisah andai aku peroleh G semasa SPM nanti. Aku ingat lagi, semasa peperiksaan pertengahan tahun, aku peroleh 4A manakala semasa trial, harapan aku agar A aku akan bertambah. Seperti mana yang aku telah ceritakan kisah TRIAL aku sebelum ini, aku sedar kenapa Allah hanya memberikan aku 3A. Selepas TRIAL, aku berusaha tak henti di samping aku letak Allah nombor satu. Hakikatnya, hanya Allah yang berhak memberikan berapa sahaja A yang Dia mahu.

Hari ini, merupakan hari keluarnya keputusan SPM aku dan calon- SPM 2017. Aku tidak dapat menghadirkan diri kerana perlu bergegas ke shah alam bersama ina dengan menaiki bas pagi itu. Hanya ibu dan walid yang menjadi wakil aku mengambil slip peperiksaan dengan cikgu. Sepanjang perjalanan dalam bas,aku berdebar sangat sambil menunggu pukul 10 pagi. Tepat jam 10 pagi,aku terus menghantar mesej kepada 15888 untuk mengetahui keputusan peperiksaan aku secara keseluruhan. Dalam beberapa minit,telefon aku menerima mesej baru masuk. Saat itu,getaran debaran aku semakin kuat. Aku tarik notification sambil menutup skrin. Aku cuba lihat perlahan-lahan. Awalnya aku terlihat 1A kemudian 1A lagi. Aku menjadi semakin tidak keruan. Adakah aku hanya mendapat 2A?! Rupa-rupanya TIDAK! Masih terdapat bilangan A dibelakang yang tertulis nombor 5! Jadi keseluruhannya aku mendapat 7A 3B dan 1G. HAHAHHA usaha runsing memikirkan apakah G itu. Tak lain dan tak bukan ia adalah subjek Add Math.😪 Jadi,anggap sajalah bahawa aku hanya mengambil 10 subjek tanpa Addmath.😚 Sebaik sahaja aku mendapat tahu keputusan aku, terus aku menelefon ibu. Kata ibu pada aku,apabila ibu mendengar aku mendapat 7A ibu terus sujud syukur. Ibu tak sangka Allah nak beri 7A pada aku. Seterusnya,aku menelefon walid untuk mengkhabarkan berita gembira ini. Ternyata walid juga gembira. Walid mengucapkan tahniah kepadaku.

Ibrah yang aku dapat sepanjang perjalan hidup aku lebih kurang hampir 18 tahun ini,

1) Hidup kita ini tak lain dan dan tak bukan ialah bergantung pada Allah. Usaha kita tak melambangkan betapa hebatnya kita tapi pemberian kejayaan oleh Allah tu yang penting. Andai kita berusaha sampai 'leloh sengoti' pun tapi tak ada hubungan dengan Allah tak ada maknanya juga kerana tiada hubungan seorang hamba dengan Rabbnya.

2) Niat perlu sentiasa diperbaharui dan dijaga. Niat ini bukan suatu perkara yang mudah untuk dijaga. Sepanjang aku cuti spm, aku selalu jaga niat aku dalam membuat perkara yang ibu walid suruh dan perkara yang Allah suruh. Ingin aku katakan,hakikatnya aku tak banyak buat ibadah pada Allah sepanjang cuti ni tapi setiap kali aku melakukan ibadah seperti solat hajat,mengaji etc aku sentiasa berkata pada Allah, "ya allah,aku tak banyak pun ibadah pada Engkau tapi semoga ibadah sikit yang aku buat ni dapat capai keredhaanMu"

3) lkhlas. Susah nak buat kerja kalau tak ikhlas. Jaga niat,jaga hati daripada mengungkit perbuatan baik kita pada manusia dan Allah sebab nanti jika kita mengungkit,pahala ikhlas tu akan lari dan dosa riak akan datang. Perkara ini yang paling aku takut hakikatnya.

4) Sedekah. Jangan pernah kedekut untuk sedekah. Sedekah untuk islam. Sedekah untuk menolong umat. Ini semua dikira oleh Allah. Berilah sekadar yang kita mampu dan kita yakini tahap keihlasan kita. Bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia. Wang dunia tiada nilainya melainkan kita menyumbangkannya je jalan Allah.

5) Anggap dunia ini dalam tangan sahaja. Ini bermaksud,dunia ini tersangatlah mudah untuk dikuasai kerana dunia ini tiada nilai malah dunia ini hanya landasan untuk menuju akhirat. Pengakhirannya,akhirat lah tujuan kita semua makhluk. Setiap kali aku akan memasuki dewan peperiksaan, sebelum melangkah kaki aku akan detikkan dalam hati "takpa aisyah.dunia ni dalam tangan kau je.akhirat kau depan mata." InsyaAllah dan Alhamdulillah selepas itu,Allah memudahkan urusan aku.

6) Usaha. Walaupun apa yang aku perkatakan ini banyak dari segi hubungan dengan Tuhan tapi jangan lupa kita akan berjaya melulu tanpa suatu benda yang bernama usaha. Usaha belajar. Usaha menuntut ilmu. Walaupun aku kata tadi,Allah tak tengok pun pada usaha kita untuk beri kejayaan tapi usaha ini adalah satu tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar kepada guru selepas sahaja kita mempelajari satu topik dalam subjek. Adab sebagai pelajar lah katakan.

7) HDA dan HDM. Ia bermaksud jaga hubungan dengan Allah dan jaga hubungan dengan manusia. Tak kira lah sebanyak mana dosa yang kita buat dengan Allah tapi kita tetap kembali pada Dia. Minta pada Dia. Munajat pada Dia apa yang kita mahu. Sebut apa yang kita inginkan. Jika kita inginkan 8A daripada 11 subjek SPM,sebut direct! Bukan kiasan. Dalam setiap amal, mention yang kau buat benda ni kerana Dia. Di situ lah kau akan peroleh pahala. Bagaimana pula dengan HDM?! Jaga tutur kata. Berusaha untuk berkata lembut walau hakikatnya kita bersifat keras. Jangan cepat melatah sekiranya manusia marah pada kita. Jangan cepat melenting. Relaks dan sabar. Balas dengan benda yang baik. Orang lempar batu, kita balas dengan buah yang ranum.

Setakat ini sahajalah perkongsian aku ada kali ini. Sebenarnya segala yang aku tulis ni hanya 1 jari untuk mereka yang membaca blog ini tapi lagi 4 jari adalah unuk aku. Semoga Alah memberkati setiap tindakan aku dan meredhainya.amin. wallahua'lam.

Written by,
Acik dak spm '17
15 mac '18 | Khamis 

Comments

Popular Posts