Muhasabah senantiasa 💛
Bilamana kita hadapi sesuatu situasi, waktu tu kita belajar betapa peritnya ujian. Namun, ujian itu mematangkan fikiran dan perbuatan kita samada kita bertindak dengan lebih rasional atau tidak. Dan Allah itu tidak akan pernah membiarkan hambaNya keseorangan tanpa pertolongan dan dorongan. Cuma, Dia ingin meihat siapakah yang akan kembali kepadaNya apabila ujian melanda atau siapa yang akan kekal dalam kegusaran tanpa bergantung apa² padaNya.
Kadang, kita sibuk menghakimi manusia sedangkan kita tidak merasai apa yang sedang dilalui oleh seseorang sehingga kita sendiri melalui detik waktu itu. Saat itu, barulah kita bermuhasabah bahawa 'oh macam ni rupanya si fulan menghadapi dugaan ini', fikirlah sejenak duhai manusia kenapa perlu kita melalui situasi itu dahulu baru kita akan memahami kondisi si dia? Kenapa kita tidak biarkan dia dengan ujian dia dan kita dengan ujian kita. Hentikan menjadi seorang yang 'judgemental'.
Dalam kehidupan sehari-hari, perlunya kita sebagai manusia agar sentiasa bermuhasabah tentang masa² yang telah kita lalui pada hari itu. Ini supaya kita dapat menjadi insan yang lebih baik pada hari esok dan berusaha untuk tidak menjadikan hari kelmarin berulang. Kerana perkara tidak baik tidak sepatutya dilakukan banyak kali tapi perkara mahmudah perlu sentiasa dipertingkatkan demi hari ke hari. Dalam buku Apa Erti Saya Menganut Islam tulisan Fathyakan, kita perlu banyakkan bermuhasabah sebelum tidur dengan mengingati perkara-perkara yang telah kita isikan ada hari tersebut samada perkara yang memberi manfaat mahupun mudarat.
Seterusnya, sentiasa mencari jalan untuk membuang jahiliyyah dalam diri amat penting dalam kehidupan ini. Ini kerana cahaya tidak akan pernah bersama dengan kegelapan. Antara dua, mahukan cahaya ataupun kegelapan. Kita berhak untuk memilih kerana kita dicipta untuk melakar cerita yang kita inginkan bukannya mengikut citarasa orang lain. Walaubagaimanapun, bagaimana caranya untuk membuang karat² jahiliyyah dalam diri? First, kenali jahiliyyah. Kenapa jahiliyyah itu ada? Apa matlamat jahiliyyah? Apa yang jahiliyyah dapat sekiranya mereka menang menguasai diri kita? Second, berazam untuk melunturkan jahiliyyah dalam diri. Dari dulu, aku sentiasa kata diri aku, 'jahiliyyah ni tak boleh buang sekaligus. Sebab nanti dia akan datang lagi' Hakikatnya, ini semua adalah alasan! Alasan kerana kita masih sayangkan jahiliyyah! Masih mahukan jahiliyyah membiak dalam diri. Mahu jahiliyyah terus menguasai pemikiran sehingga tidak lagi dapat membezakan perkara baik dan jahat. Ini yang kita takut! Jadi, hentikan memberi alasan untuk membuang jahiliyyah itu sikit² ! Selagi jahiliyyah itu bertapak dalam hati, cahaya itu tak akan pernah masuk. Maka, terjadilah hati berasa kosong. Alpa dengan perjanjian palsu yabg dibuat-buat. Pengakhiran, memberi kesan yang buruk pada diri sendiri. Kesan dari segi mental, fizikal.
Inilah sedikit luahan aku. Semoga ia kekal menjadi ingatan buat aku selama aku berpijak di atas bumi ini.
Jumaat malam sabtu | 12.32 pagi | 31 Mac '18 | Rumah balqis
Ditulis oleh,
AcikSado

Comments
Post a Comment