Perasaan hiba seorang bapa...
Bismillahirrahmnirrahim...
Hari ni aku nk tulis sikit mengenai walid aku. Seorang ayah yang gigih mencari nafkah buat anak-anak. Perasaannya, kasih sayangnya tiada siapa yang tahu betapa begitu mendalam buat anak-anaknya. Kadang, aku sering berfikiran buruk mengenai walid sehingga aku lupa segala kebaikan yang walid lakukan buat kami. Kelemahan beliau telah menutup mata aku untuk melihat kebaikannya. Aku akui bahawa aku bukanlah seorang anak yang solehah. Bukan anak yang patuh arahan ibu dan walid 24/7. Seringkali juga aku melukai hati mereka. Sungguhpun begitu, sayang aku terhadap mereka tak pernah pudar. Aku sayang mereka kerana Allah sehinggakan au takut nanti mereka akan tinggalkan aku bersendirian kelak. Aku sering berasa tak sabar untuk membesar tapi aku lupa bahawa ibu walid aku semakin menginjak usia tua maka jarak mereka dengan kematian semakin dekat.
Tadi, aku mendengar perbualan antara ibu dan angah melalui aplikasi Messenger. Angah memberitahu perkhabarannya yang terkini selepas grad. Angah kata sekarang dia sibuk bekerja mencari duit untuk kahwin nanti. Aku tahu tu hanyalah gurauan. Dan angah kata kak ekin ada hantar mesej kat angah yang USIM tengah mencari pekerja (RA = PEMBANTU LECTURER) . Ibu kata moleklah gi kerja sana untuk bulan 4,5,6 ni (angah balik mesia bulan 3 ni). Walid kelihatan risau.
Walid seringkali mengulang kisah along. Walid kata along tak banyak luang masa dengan keluarga bermula dip. BA kat unisza hingga di jordan. Balik je dari jordan, along terus mendirikan rumah tangga. Aku boleh nampak bahawa walid merindui along. Walid kata, membesarkan anak-anak ni sekejap je. Daftar sekolah rendah then menengah pastu masuk uni last kahwin. Sekejap. Sangat sekejap. Jaga anak kita pastu bagi anak kita kat orang lain. Tugas mak ayah seolah - olah perlu beri keperluan yang cukup buat anak-anak. Cari duit , beri pendidikan yang baik etc.
Bila walid dengar angah kata nak cari duit untuk kahwin, walid pun kata "angah dok sabo dh nak kawin asyik sebut kawin je". Mungkin walid rasa dia akan alami perkara yang sama lagi seperti along sebelum ni. Ni sebenarnya pandangan aku sebagai seorang anak dan seorang adik. Hakikatnya, aku tak tahu apa yang walid rasa sebetul-betulnya.
Kalaulah walid rasa sedih apabila anak-anak kian meninggalkannya, aku rasa macam aku tak nak kawin. Aku nak jaga ibu walid sampai akhir hayat. Aku nak berada di sisi ibu walid sampai bila-bila. Aku tak nak ibu walid sedih. Aku nak bahagiakan ibu walid walaupun aku tahu aku bukanlah tergolong daripada golongan anak yang taat ibu walid.
Walid, maafkan acik sebab acik selalu suudzon dengan walid. Maafkan acik sebab acik selalu pandang kelemahan walid. Maafkan acik sebab acik selalu buat endah tak endah apa yang walid mahu. Maafkan acik sebab akmci selalu menyalahgunakan duit² yang walid bagi pada acik. Acik banyak dosa dengan walid. Acik tak sanggup nak minta duit dengan walid saat keluarga kita mengalami masalah kewangan. Tapi atas hal² yang tertentu kena minta juga.
Acik sayang walid. Acik tak mampu nak balas kasih sayang walid yang telah walid curahkan pada acik sepanjang 18 tahun acik hidup. Walid, maafkan acik. Walid sentiasa dalam doa acik. Acik nak ibu walid masuk syurga firdaus. Ya Allah, masukkan keluarga aku yakni keluarga abu sakina ke dalam syurga firdausMu ya allah.ðŸ˜
Coretan daripada,
Acik anak ibu dan walid.
#080218 #Khamis #0107jam

Comments
Post a Comment