#jaulahkembaraAisyShater

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni merupakan hari yang ke-30 aku tak pergi sekolah. Dah habis spm buat apa nak hadir sekolah, ye dok? 😆 Alhamdulillah , in this whole month I have been travel around such as Perlis and Terengganu. Yeah, tak banyak tempat pun aku berjaulah tapi bagi aku banyak ibrah yang aku dapat kutip.

First, in Perlis.
  Awalnya, aku memang semangat nak sertai reunion ijdk zon utara kat matri. Salah satu asbab ialah aku nak kenal budak-budak matri dan aku nak jumpa ateh. Lama-lama, aku jadi hangat-hangat taik ayam. Rasa macam malas nak sertai. Sebab perasaan aku nak turun terengganu lagi kuat berbanding pergi MATRI. Tapi, Allah punya perancangan akhirnya aku pergi jugak. Aku jumpa sahibah² baru. Awkward tu memanglah tapi aku cuba biasakan diri jugak by hook or by crook.

   Aku pergi Perlis sekali dengan Yusrina. Banyak juga perkongsian yang yus kongsi dengan aku. Pengalaman dia menyertai pelbagai program dari pelbagai NGO. Satu ayat yang aku nak petik daripada kata-kata yus.

"Kita kena tahu apa matlamat sesuatu organisasi dalam tempoh kita berada dalam organisasi tu. Bilangan manusia tu ramai jadi tak hairan lah apabila bilangan niat tu banyak. Ada orang sertai organisasi ni sebab dia suka sertai banyak program. Ada orang sertai organisasi ni sebab dia rasa dia perlukan kefahaman tarbiyyah buat diri dia dan rasa ingin menjadikan masyarakat luar sana faham apa yang dia faham. Dan pelbagai lagi..

Keburukan bila kita tak tahu matlamat organisasi tu ni akan menyebabkan kita menjadi taksub dengan organisasi yang kita sertai sehingga menolak apa yang dibawa oleh organisasi lain."

Takut kan bila jadi taksub? Aku pun takut sebab tu aku selalu ingatkan diri aku supaya sentiasa membetulkan sepanjang berada dalam jemaah ni.

Next, in Terengganu.
   Setelah berbagai dugaan dan rintangan yang dilalui oleh kawan² dan aku akhirnya aku berjaya juga menjejaki kaki aku di bumi wakafan a.k.a smakl walau hakikatnya aku seorang sahaja tanpa peneman. Waktu ni aku bertawakal pada Allah je. Aku hanya berdoa semoga Allah berikan jalan yang terbaik buat aku sepanjang berjaulah di bumi smakl.

   Niat utama sebenarnya nak jumpa iman fahmy. Dah lama aku tahan duduk rumah tolong ibu buat kerja sekolah dia. Week by week aku masih gagal nak turun ganu atas beberapa asbab. Tu pun alhamdulillah haluan buat wacana fikri dekat pusat sains. Jadi ibu boleh tinggal aku kat ganu seminggu . Alhamdulillah perancangan Allah tak pernah sia². Aku buntu apa yang aku nak buat dalam seminggu. Takkan nak jumpa iman je memanjang. At least, kalau duit masuk sikit pun dah kira ada manfaat aku duk smakl.

  Allah izin aku dapat kerja kat bakeri smakl untuk empat hari. Buat roti tempahan sekolah,jual roti dan dapat elaun. Dan aku dapat tidur rumah Dayah untuk seminggu. Hahah best jugak ekceli. Maksudnya dalam seminggu tu, aku dapat 3 in 1. First, jumpa iman. Second,kerja bakeri. Third, hang dengan kawan² jauh.

   Nak katanya, perancangan Dia tak pernah tak cantik. Kita, manusia rancang itu ini tapi tup² jadi benda lain. Semuanya Allah yang atur. Sebab tu aku duk pegang daripada dulu yang manusia merancang dan Allah juga merancang. Sebaik baik perancangan adalah perancangan Allah.

Lastly, ziarah rumah mc nah.
   Aku,alang, kak fatin, kak izzah dorizaki dan kak aqilah dorizaki pergi ziarah mc nah dan pc mud di Pasir Puteh. Pengalaman aku dapat mengail ikan patin adalah pengalaman yang paling manis bagi aku. Untuk pertama kali aku dapat tangkap ikan weyy hahaha masa ijdk hari tu tak dapat. Ikan kat ijdk kecikk tak best . Kat rumah pc mud,ikan dia besar². Kita pun jadi yakin yang ikan mesti akan makan kail kita.

   Sebelum mengail ikan, pc mud dan mc nah ada bagi perkongsian sikit tentang baitul muslim since kak izzah bakal berkahwin pada 18/2/18 ni. Cantik je tarikh tu. Hahah. Lepas perkongsian, masing² bahagi tugas ada yang tolong buat sayur lemak dan ada yang pergi mengail ikan.

Sekarang,
   Aku dah selamat berlabuh kat baiti jannati. Rasa macam tak tahu nak buat apa. Banyak tidur berbanding beribadah. Allahu. Dahlah result spm keluar 19/3 ni. Debar bak hangg tapi gitulah. Ibadah entah ke mana. Padahal waktu ni lah nak berdoa kat Allah supaya dilembutkan hati si pemeriksa yang menanda kertas soalan aku supaya murah hati dalam bagi markah.

   Doakan aku sahabat agar tidak terus jatuh. Aku mahu bangkit menjadi insan yang diperlukan ummah. Teringat kata-kata kak ijlal, DAKWAH ITU MEMANG NIMBOR SATU TAPI TUNTUT ILMU BUKAN NOMBOR DUA.

Wallahua'lam .
Selasa | 30 Jan '18 | Antara maghrib dan isyak

Comments

Popular Posts