Spy
Bismillahirrahmanirrahim
Hari ini aku ingin bercerita tentang pengalaman aku menjadi 'cousin sitter' lebih kurang 8 hari. Macam sekejap tapi banyak benda aku dapat jadikan ibrah buat aku dan pengalaman yang tak akan aku lupakan.Boleh dikatakan aku jadi cousin sitter dengan ateh / alang / sorang diri jaga iman,awik , ara dan ina sebanyak tiga kali ( masa ibu walid pergi umrah | ajar iman nak upsr | ajar iman ngaji ). Dan hubungan antara kami pun memang rapat jik hahaha
Yang ingin aku ceritakan ialah pengalaman aku seorang diri mendidik, mengasuh iman dan awik di rumah mereka iaitu di Pahang. Niat awal aku nak tinggal di sini kerana aku ingin mengajar abang iman mengaji di samping nak pujuk moksu dan ayoh pa supaya terbuka hati untuk masukkan iman ke SMAKL. Awalnya, memang dapat persetujuan daripada semua pihak (setuju aku duk sini ) namun tiba-tiba perkara ini mencetuskan perbalahan antara aku dan ateh. Ateh kata jangan bertindak melulu. Mana mungkin nak ajar iman mengaji sedangkan temuduga SMAKL hari sabtu ni (2/12/2017). Mustahil. Fikir sebelum buat. Kalau acik nak buat jugak, tak payah duduk sini biar ateh yang jaga dorang.
Kau tahu tak, lepas aku dengar kata-kata tu aku terus lari menangis teresak-esak disebalik buaian dekat rumah moksu. Aku sedih sangat. Aku tak tahu kenapa tapi hati kuat mengatakan iman ada potensi untuk masuk SMAKL. Aku yakin sangat. Aku ingin iman matang menjadi abang. Matang dalam membuat tindakan. Biarlah masa lalu yang pernah merobek hatinya. Biarpun aku belum tahu apa dan bagaimana situasi rumah tu. Yang pasti, aku tetap berkeras mahu duduk di sini.๐ญ Sebelum aku dan ateh berperang mulut, ateh ada bagi nasihat supaya buat benda biar hati kita rela. Hati kita terbuka dan lembut untuk memahami hati adik-adik. Ini berdasarkan pengalaman dia di MATRI. Ya, aku sokong apa yang dia kata. Dan aku cuba menjadi orang yang banyak back-up abang dan memahami abang kerana itu yang dia mahukan sebenarnya.
Maka,bermulalah perjalanan aku dalam mengajak mad'u aku.
D-1
Rumah senyap sunyi. Sepi. Umi dan aboh gi kerja awal lagi sebelum ibu walid bertolak pulang ke terengganu bersama ateh , ina dan wan. Pagi itu, aku masuk ke bilik iman dan awik. Kelihatan dua lelaki itu sedang nyenyak tidur kononnya qada' tidur yang tak dapat disempurnakan semalam. Aku pergi ke arah iman lalu menggeraknya supaya bangun makan. Dia bangun lalu terus ke meja makan. Awik je yang belum bangkit daripada tidur. Semasa makan, kami (ateh,aku dan iman) bercakap cakap sikit. Akhir makan, ateh tepuk bahu iman dengan mengatakan "Abang masuk SMAKL eh," kelihatan senyuman terukir dibibir ateh. Nampaknya, ateh kini meletakkan kepercayaan dia kepada aku. Aku membalas senyuman ateh serta tak lekang memikirkan cara untuk berbicara dengan moksu nanti.
Pada pukul sepuluh lebih, aku menyuruh iman agar mengaji di hadapan aku. Awalnya, dia menolak tapi lepas beberapa kali aku memujuk dia akur. Sebenarnya , aku saja mahu mendengar tajwid iman bahagian mana yang lack. Jadi, dekat situ aku boleh baiki. Ya. Banyak lack. Takpa, insyaAllah slow slow. Aku yakin. Aku beritahu kepadanya, nak tak kita mengaji tiga kali sehari? Lepas subuh, asar dan isyak? Lepas berkira-kira, dia pun setuju. Lepas asar, dia nak pergi main bola dengan kawan-kawannya, katanya. Jadi, aku akan lepas dia main bola selepas dia mengaji dengan aku. Awik juga begitu. Waktu-waktu yang lain, bebas mereka ingin lakukan apa sahaja.
Petang itu, lepas mengaji, aku mengikuti iman dan awik main bola di padang juga janji aku ingin belikan mister potato kat dorang. Aku memerhatikan adik2 aku main, dalam hati berbisik, 'alhamdulillah, sepupu aku tak seperti orang lain. Mereka berjaya membaca ayat Allah dahulu sebelum bermain'. Syukur. Aktiviti mengaji diteruskan sehingga waktu malam. Sebenarnya, awik agak liat untuk diajak mengaji dan solat berbanding abang. Iman lebih ringan tulang untuk menunaikan solat serta mendengar kata. Biasalah, masing-masing punya fi'il masing-masing.
Malam itu, selepas solat isyak ayoh pa ajak pergi makan malam kat luar. Aku malas mulanya tapi aku ikut juga dengan berpakaian malas2 sahaja. Masa dalam perjalanan pulang ke rumah, kereta lalu di hadapan sekolah menengah yang bakal akang bersekolah iaitu sekolah campur (melayu,cina dan india). Iman memang bertegas yang dia tak nak sekolah tu. Dia nak sekolah Panglima. Dalam hati aku waktu tu, membuak-buak mahu iman mengikuti aku untuk interview sabtu ni. Caranya saja aku tak tahu. Sungguh, tak lena aku tidur malamnya.๐
D-2
Pagi itu, selepas solat subuh, aku bermalas-malasan di atas katil. Kepala memikirkan ESOK DAH TEMUDUGA!! Apa fungsi aku berada di sini andai aku gagal berterus-terang dengan moksu tentang apa yang aku fikirkan?!?! Tak boleh jadi, aku perlu lakukan sesuatu agar ada perkara yang aku boleh sumbang sepanjang duduk di sini. Hati aku? Allah sahaja yang tahu. Jantung berdegup kencang memikirkan hal ini. Allah,permudahkan niat aku ni. Lalu, memandangkan hari tu adalah hari Maulidur Rasul, aku ambil peluang dengan ambil wuduk untuk menunaikan solat dua rakaat agar Allah melembutkan hati moksu,ayoh pa dan iman terutama untuk menerima cadangan aku.
Lima minit berlalu,aku masih berkira-kira mahu keluar bilik ataupun tak. Memandangkan moksu sedang duduk atas kerusi malas sambil tengok tv dan ayoh pa yang sudah keluar rumah serta iman yang juga keluar membeli roti canai. Aku kuatkan semangat aku sambil memohon agat Allah memberi aku idea untuk berkata-kata. Akhirnya, kaki melangkah keluar pergi ke arah moksu. Aku kata, "moksu, aisyah nak cakap dengan moksu kejap ,boleh?" moksu mengangguk. Aku pun mengambil tempat di hadapannya dalam keadaan hati yang masih dupdapdupdap. Aku memperlahankan suara tv agar apa yang ingin aku perkatakan jelas sampai pada moksu.
Perbicaraan aku dan moksu mengambil masa dalam 30+ minit. Aku gembira tapi hati aku masih berdegup kencang. Entah kenapa namun aku masih dapat mengawal air muka aku. Aku bersyukur kerana akhirnya moksu menerima cadangan aku. Aku bersyukur kerana Allah mendengar rintihan aku. Aku bersyukur kerana akhirnya iman bakal memahami fikrah yang tak akan difahami oleh orang lain. Aku bersyukur kerana iman akan hindar daripada akhlak2 manusia yang buruk di luar sana.
Segalanya dirasakan sekejap. Aku membantu moksu dan ayoh pa membuat persiapan borang iman fahmy. Fotostat keputusan upsr, i/c dll. Ayoh pa juga telah membelikan tiket ke terengganu yang akan bertolak pada jam 3 petang. Aku memandang iman yang jelas tidak mahu mengikut aku. Katanya, aku berkomplot dengan umi๐
Aku tahu perkara ini memaksa dirinya tapi ingatlah iman. Benda ni aku buat untuk kesinambungan hidup kau esok-esok. Esok, pasti kau akan berterima kasih pada aku tapi bukan terima kasih itu yang aku mahu. Yang aku mahukan adalah kefahaman tarbiah yang meresap dalam jiwa kau.
Tepat tiga petang, aku , iman dan ayoh pa dah terpacak di stesen bas Kuantan. Penantian yang ditunggu , bas pun sampai. Kami naik bas dan sampailah di terengganu tercinta๐
D-3
Pagi itu, pukul 7 pagi mok zah dan ayoh merang hantar aku dan iman di SMAKL. Awal. Sebab mereka perlu naik ke Kota Bharu atas jemputan majlis perkahwinan keluarha ayoh merang. Semalam, aku gigih latih iman jawab kenapa na masuk sekolah ini, kalau tak masuk apa perasaan, ikrar sekiranya diterima masuk. Juga, latih dia ingat rukun iman, rukun islam, bilangan nabi, dll.
Sesampainya di SMAKL,muka iman suram. Aku faham hatinya. Tabahlah abang. Aku hanya mampu bermonolog dalam hati. Walaubagaimanapun, aku berdebar juga. Segera aku membuat langkah ke tempat wuduk di surau untuk menunaikan solat dhuha. Aku doa lagi agar Allah mudahkan uruaan aku dan iman. Selepas selesai, aku mengajak iman ke pejabat untuk mendaftarkan diri. Seterunya, ke kelas bawah untuk mencatat kehadiran pelajar seterusnya iman segera masuk ke kelas ujian bertulis manakala aku ke dewan untuk temuduga ibu bapa. Lama juga aku di dewan SRIQ. Pukul 12 baru selesai aku punya hal. Dengan segera aku naik ke tingkat atas sekali selepas dapat tahu iman akan menghadapi ujian lisan pula. Berdebar aku. Aku cari kelibatnya. Akhirnya,jumpa juga. Aku mengambil tempat disebelahnya. Mukanya kini terhias dengan senyuman selepas aku datang.
Aku saja duduk di situ dengan niat mahu menenangkan dirinya. Aku bercakap. Aku ketawa. Aku, lepas habis temu duga, kita ambik grab car ke stesen bas untuk beli kfc dan pulang ke kole berang. Dia kelihatan teruja. Tunggu punya tunggu, dipanggil juga nama iman. Aku duduk berdoa agar iman diberi kelapangan menjawab soalan.
Lepas selesai ujian lisan, iman berkata pada aku, "abang nangis tadi. hilang debar abang,acik" Allahu abang. Lembutnya hati kau bak tisu premier!
D-LAST
Hari ni, aku bakal pulang semula ke Kelantan setelah lama aku tinggalkan rumah sejak tamatnya SPM. Perjalanan aku sepanjang pemergian aku,
KB➡KT➡KL➡KTN➡KT➡KTN➡KB
Aku suka berjaulah kerana banyak perkara yang aku belajar. Belajar menjadi manusia. Belajar melihat manusia hari ini.
Semalam, iman betul2 appreciate aku. Dia beli Ramen kat aku. Dia kata, nak meraikan acik pergi kem. Dia kata, acik kena janji nanti datang semula sini. Bila aku tanya,abang sedih ke acik pergi? dia angguk. Allah. Aku ingin sangat tahu apa yang terbuku di hatinya.๐ข Aku nampak air mata nak keluar tali ditahannya. Bila aku kata, janganlah nangis. Dia balas, "mana ada nangis lah" cis , orang laki punya ego๐ Tak pernah dia tunjuk yang dia menangis. Aku hanya pernah nampak mata dia merah saja tapi tak da pulak menangis depan aku. Haih,iman. Tabahnya kau. moga kau bersikap lebih terbuka nanti masuk SMAKL. ๐ญ Dahlah beli ramen guna duit dia. Serius,aku terharu sangat. Semalam, iman dan awik pujuk aku agar tidur di bilik mereka. Aku akur memandangkan malam last aku jadi aku perlu gembirakan hati mereka.
Tadi, masa nak bertolak aku gerak iman. Aku kata yang aku dah nak pergi. Dia bangun dan mengikut aku sampai ke pintu rumah. Aku tak tengok mata dia. Masa nak keluar dari pagar rumah,aku tengok mata dia merah. tak tahu merah sebab bangun tidur atau merah sedih aku pergi. Aku pun sedih jugak. Aku pun tak tahu kenapa iman nak sangat aku duduk situ padahal aku bukan buat apa2pun. Baca novel adalah ! Haih, tak paham aku.
Okayh. Panjang lebar aku berceloteh kali ni. Apa yang boleh simpulkan, iman seorang anak yang taat. Semua orang termasuk wan setuju iman dimasukkan ke SMAKL. Aku berharap sangat iman dapat menjadi abang yang dapat membimbing adik2nya dengan bimbingan yang terbaik. Aku doakan agar dia sentiasa tabah dengan kehidupannya dan membuat bakti dengan umi dan aboh sebaik mungkin esok esok ni. Last but not least, aku sayang iman.
DONE WRITE UP!
6 DIS 2017 | 12.05 tengahari | RABU | BAS SANI
Comments
Post a Comment