Aku...


Boleh aku katakan , sifat yang dinyatakan di atas adalah aku. Tambahan, aku banyak pendam terhadap sesuatu perkara. Aku simpan. Walaupun orang kata, aku ni jenis banyak meluahkan tapi hakikatnya tidak. Ada satu benda yang menghantui aku dari dulu. Aku simpan. Aku takut andai aku terjatuh. Aku hanya mampu berharap dan berdoa agar diberi kekuatan berada di atas jalan Allah dalam meniti arus kehidupan.

Aku ingin bercerita serba sedikit tentang aku. Aku ada kakak. Dia merupakan kakak yang paling aku rapat dan banyak aku luahkan kepadanya. Kadang-kadang, aku terlalu meletakkan kepala aku di atas bahunya sehinggakan ada satu peristiwa aku memaksanya pulang ke rumah kelantan tapi dia tak pulang pun . Dia beritahu pada kakaknya, kenapa dia perlu pulang jika hanya semata-mata kerana aku?

Terasa? Terasa gila. Adakah dia menganggap aku ni membebankan dirinya? Kalau benar begitu, ingin saja dan seringkali aku memaksa diri aku untuk tidak lagi berpaut pada dirinya. Aku tidak mahu dia berfikir begitu lagi. Kini, dia punyai seorang teman yang sangat akrab dengan dirinya. Boleh dikatakan, setiap malam dia membuat panggilan dengan temannya itu. Aku cemburu. Cemburu kerana dia punya teman baru. Aku bukan lagi tempat dia berkongsi cerita. Semua cerita dikongsikan bersama temannya itu. Ingin saja aku lari tidak mahu dengar perbualan antara mereka. Mengapa aku ini tidak ada fungsi? Tidak ada fungsi untuk dikongsikan cerita suka dan duka?

Kadang, aku benci diri aku. Tapi, tanpa islam tidak mungkin aku masih hidup pada hari ini. Aku kuat kerana islam. Kerana Allah.

Comments

Popular Posts