Halaqah Keluarga😍

Penyampai:walid

🌸Suatu kisah tentang seorang sahabat Nabi yang bernama Syaaban saat dia menghadapi sakaratul maut.
Syaaban ni tak terkenal spt sahabat yang lain.
Syaaban ni ada kebiasaan unik dlm diri dia iaitu setiap kali dia masuk masjid, dia beriktikaf di depan penjuru masjid. Kebiasaan yang selalu dibuat oleh Syaaban memang dah difahami oleh para sahabat juga Rasulullah dan solat pun tempat yang sama.

Suatu pagi nak solat subuh, Rasulullah perasan Syaaban tak ada kat tempat biasa dia duduk. Rasulullah tanya sahabat siapa ada nampak Syaaban namun takda sapa pun yg tahu. Baginda menunggu sejenak untuk menunggu kedatangan Syaaban tapi tetap tak mari. Rasulullah dan jemaah lain pun teruskan solat subuh. Selesai solat, Rasullah tanya lagi para sahabat siapa tahu Syaaban ada duane tapi takda juga orang yang tahu dan akhirnya Rasulullah tanya siapa yang tahu di mana terletaknya rumah Syaaban dan ada seorang shbt yg tahu.

Maka, bertolaklah baginda dan shbt tadi ke rumah Syaaban. Jarak perjalanan rumah Syaaban ke Masjid Nabawi sangatlah jauh (2/3 jam). Dan tibalah di rumah Syaaban. Rasulullah mengetuk pintu rumah Syaaban. Lalu, isterinya yang keluar di muka pinta. Ditanya ke manakah Syaaban pergi sehingga tak pergi solat subuh berjemaah tadi? Isterinya menjawab, "Sungguh, suami aku tlh meninggal dunia pagi tadi" kata isterinya sugul. Isteri Syaaban pun menceritakan kpd Rasulullah,saat Syaaban sedang sakaratul maut, dia ada menyebut beberapa kalimah yg sukar difahami orang. Iaitu,

ADUH KENAPA TIDAK LEBIH JAUH?!


ADUH, KENAPA TIDAK YANG LEBIH BARU?!


ADUH,KENAPA TIDAK DIBERIKAN SEMUA?!


Rasulullah baca surah as-saff
Saat Syaaban sakaratul maut ,segala amalannya ditunjuk oleh Allah tanpa hijab. Straight! Dalam tayangan Syaaban tu,

🎀perjalanan ke masjid selama 3 jam adalah teramat dekat dan Allah menunjukkan Syurga di hadapannya daripada pahala dia berjalan. Dan semasa tayangan,dia berteriak "ADUH,KENAPA TIDAK LEBIH JAUH?!?!" konklusi : memberi sedekah yang berbentuk baru bukan yg lama.

🎀Ketika Syaaban bersiap sedia utk masjid semasa musim sejuk, dia keluar dan masuk balik ke dlm rumah sbb sejuk sgt dan dia memakai 2 lapisan baju. Yang dalam, baju baru dan yg luar adalah baju yg buruk. Dia pun berjalan menuju ke masjid. Ketika dalam perjalanan, dia berjumpa seorang lelaki kesejukan takda baju dan Syaaban pun bagi baju luaran dia (baju buruk) dan mengiringi lelaki itu menuju ke masjid utk solat berjemaah. Syukur,lelaki itu dpt menghindarkan dirinya drp mati kesejukan. Dan, saat tayangan Allah itu, Syaaban menempik "ADUH, KENAPA TIDAK YANG BARU?!?!"

🎀Syaaban sedang menyuapkan roti ke dalam mulutnya dan dia terlihat seorang pengemis yg kelaparan. Maka, Syaaban pun membelah roti menjadi dua dan beri kpd pengemis walaupun saat itu perutnya sgt lapar lps beberapa hari tak makan. Allah pun memperlihatkan ganjaran kepada Syaaban slps memberi roti kepada pengemis. Sebab tu dia berteriak, "ADUH, KENAPA TAK BAGI SEMUA?!" Konklusi: Islam menggalakkan memberi sedekah dengan kadar yang banyak/ikut kemampuan.

🌸Kalau Ruhiyyah kita tak kuat, maka semua jadi susah dan seandainya rohani dijaga, insyaAllah semuanya dalam kawalan. (PERLU ADA DALAM DIRI PENDAKWAH!)

🌸saat rasa longgar,tak semangat maksudnya ruhiyyah kita tengah longgar.💪


🌸Nak tengok prestasi kita ni lemah/kuat,

👓tengok persiapan kita untuk solat. Bukan saat waktu solat dah masuk tapi saat waktu solat belum masuk.

👓Menghitung waktu bila nak kayaaaaaaaaaa.

👓Selalu marah bila orang tegur atau nasihat kita perkara yang kita buat adalah haram.

👓Sentiasa menunda perkara kebaikan dan ingin melakukannya esok hari.

👓Kita kagum dengan kehidupan orang-
orang kaya.

👓Selalu bersaing dengan orang lain utk mengejar habuan dunia sehingga lupa habuan akhirat.

👓Tidak rasa bersalah saat buat dosa2 kecil.MAKRUH ITU DEKAT DENGAN HARAM.

👓Tidak segera untuk berhenti perkara yg haram dan menunda waktu utk bertaubat.

👓Menjadikan tuntutan ilmu agama sekadar mengisi waktu kosong.

Comments

Popular Posts