Untuk awak...
Bukan nak tamak, tapi jeles bila awak macam lagi sayang dia daripada saya. Ye saya tahu awak kata kat saya yang awak tak ramai kawan macam saya . Tapi walaupun saya ada ramai kawan, saya tetap nak awak jadi milik saya.Sebab saya sayang sangat kat awak. Dari form 1 kita kenal..banyak .. bukan.. terlalu banyak kenangan yang kita coretkan bersama. Saya ingat lagi semua tu. Saat saya jumpa dan bercakap dengan mak awak secara langsung (sebab waktu tu awak jd partner tasmik saya) . Saya tanya mak awak macam mana sikap awak yang sebenarnya. Ya. Mulai drp situ lah saya mengenali awak. Mak awak kata, sejak awak masuk SMAKL awak dah banyak berubah. Waktu tu saya masih lagi pudar tentang kefahaman tarbiyah jadi saya faham gitu2 je. Sekarang, bila umur saya meningkat dewasa baru saya faham apa maksud disebalik kata-kata mak awak. Awak berubah kerana proses tarbiyah yang meresap dalam jiwa awak.Proses tu dah berjaya menguasai diri awak sehingga mak awak nampak perubahan awak. Yelah.Mak kan lebih tahu dan kenal anaknya dan semestinya bangga bila anak dia berubah ke arah kebaikan.
Ok. Saya pun bangga dengan awak. Sekarang, awak dah boleh 'survive' diri awak. Awak belajar menjadi matang sikit demi sedikit. Awak pun dah boleh tengok perbezaan / tingkah laku manusia di sekeliling awak yang sebenar. Tapi, awak kena ingat. Tu baru sikit. Banyak lagi dugaan dan cabaran kat luar yang awak perlu hadapi.Kalau boleh, saya nak sambung belajar sama-sama dengan awak nanti lepas habis spm. Saya nak bimbing awak betul2 supaya awak tak terlepas daripada proses tarbiyah yang awak dapat di smakl.Takpa.. Nanti saya bodek mak awak.. Komfem bagi punya.. insyaAllah andai Allah mengizinkan kita bersama. 😄
Sambung balik yang tadi...
Hari tu kan saya ada tanya awak yang mana lagi awak sayang? Saya atau dia. Saya tahu awak tak tahu nak jawab mana satu. Saya risau awak akan pilih dia sebab dia kenal awak baru setahun tapi saya dah kenal awak nak dekat 5 tahun dah. Semua benda saya dah rasa pelbagai ragam karenah awak. Tapi, mungkin sebab dia lagi banyak bersabar dengan perangai awak. Saya kan cepat naik angin ( saya teka je. Hahah) . Masa saya tengah mesej dengan awak tu, saya pun duk fikir sebenarnya tentang apa yang saya nak. Allah dah bagi banyak nikmat kat saya terutama main point kat sini ialah nikmat kawan. Jadi, kenapa saya masih lagi inginkan perkara yang Allah dah bagi. Saya seolah tamak inginkan awak. Saya tak fikir keperluan orang lain. Kalu saya nak yang tu, saya nak juga sekarang. Betapa kufur nikmatnya saya ni. Allahu...
Oleh sebab tu, saya nak sangat supaya awak tak lupa saya. Biarlah nanti awak ada kawan awak sendiri dan saya ada kawan saya sendiri tapi hubungan antara kita masih lagi kukuh bak tali. InsyaAllah. Akhir sekali, jujur saya katakan bahawa awak lah sahabat yang paling saya sayang di dunia dan di akhirat kerana Dia, Nur Nabilah Hanun binti Mohamat Hasni. 👭💓💕💝💞
*Saya harap awak baca rintihan hati saya. Terima kasih sahabat dunia akhirat. 😙
Comments
Post a Comment