Kosong
Hati aku banyak berceloteh tapi kenapa aku tak mampu luahkan melalui tulisan atau kata-kata ya.. Aku masih terngiang-ngiang ayat alang baru-baru ni yang mengatakan aku sedang tak happy. aku dah makin kurang bersosial dengan manusia malah skill bersosial aku juga mula memudar. aku tersentap dan jujurnya aku berasa sedih. kenapa ayat itu seolah-olah benar menggambarkan diri aku yang sekarang ya.. aku jadi dah makin tak pandai bercerita pada orang sekeliling selain suami aku. aku berasa kekok yang bersangatan dan berasa anxious sehingga takut nak bertentang mata ketika bercerita. seringkali juga suami aku menegur aku ini punya komunikasi yang jelek di saat kami sedang bertengkar (aku banyak diam setiap kali kami bergaduh) sedangkan dia mahu aku bercakap melontarkan rasa ketidakpuasan hati. kenapa aku rasa sedih ye sekarang ni.. betul ke aku dah tak macam dulu? adakah aku telah hilang identiti diri aku? aku rasa selepas aku kahwin ni aku banyak sangat bergantung pada suami aku sehingg...