LUPA DIRI
Aku yang dulu punya ramai kawan. Kawan dari sek rendah hinggalah peringkat universiti. Oleh kerana aku jenis suka bersosial, jadi aku mudah buat kawan. Malah aku punya geng aku di setiap peringkat pendidikan. Semuanya aku rapat dan aku sangat sayang.
Sehinggakan, aku takut andai ada sebilangan kawan ku yang mengecop aku lupa diri di saat aku membuat kawan baru. Jujurnya, aku tidak pernah lupakan mereka. Aku sentiasa titipkan mereka dalam doa ku biarpun aku jarang sekali bertanya khabar pada mereka.
Tapi itu dulu.
Aku yang hari ni mulai rasa ingin menjauh daripada semua orang. Sudah mulai tidak kisah jika hilang kawan..
Sewaktu di SMAKL (2013-2015), aku punya sahabat akrab. Namanya husna ataupun unaa. Boleh dikatakan kami sangat-sangat rapat. Namun semenjak aku berpindah sekolah, aku jarang menghubunginya melainkan di hari lahir aku atau dia sebab unaa jenis cepat ingat hari lahir orang dan sentiasa menjadi orang pertama 'wish'.
Baru-baru ni merupakan hari ulangtahun unaa yang ke-22. Aku ingat hari lahirnya sehari sebelum lagi. Malah, pada hari lahirnya juga aku tahu hari itu hari istimewa. Dan aku berniat ingin mengucap 'wish' yang paling terakhir iaitu pada 11.59 malam.
Tapi, Allah izin. Aku terlupa.
Jam menunjukkan lebih 12 malam. Ini bermakna sudah memasuki tarikh baru. Aku kecewa kerana aku gagal wish hari jadi nya. Oleh itu, sebagai tanda menutup rasa serba salah, aku pun memesan beg tangan custom buatnya. Aku mengepos ke rumahnya tanpa pengetahuannya.
Namun aku sedih sebab aku tidak lihat dia post penghargaan buatku mahupun memesej ku. Adakah hadiah ku terlalu lambat tiba? Atau dia terasa dengan tingkah laku ku yang tidak wish ulangtahun nya? Ya, aku sangat serba salah kerana mesej ku juga tidak dibalas olehnya.
Saya minta maaf unaa🥺 Saya ingat selalu hari lahir awak cuma haritu saya terlupa🥺 Saya taknak kehilangan awak, una🥺
Comments
Post a Comment