DIARI JIWA
Bismillahirrahmanirrahim...
Hi :)
It has been a while, right?
Umur pun sudah meningkat angka 21,
Tak lupa juga dengan kematian yang semakin mendekat.
Semester kali ini, boleh aku katakan keadaan aku semakin membaik daripada sebelumnya.
Dari segi fizikal juga rohani (dalaman).
Hidupku juga lebih teratur dan semakin sedar akan tujuan hidup aku.
Mungkin aku tidak sekuat yang dahulu tapi aku tak menyesal dengan onak duri & jatuh bangun yang aku telah lalui.
Tanpanya (ujian), aku tak akan berada di tahap ini.
Tahap di mana aku bertemu manusia-manusia biasa berlatar yang belakangkan juga biasa-biasa & hidup dalam suasana biasa bagi mereka namun luar biasa bagi aku (berbeza dengan cara hidup & didikan yang aku lalui selama ini).
Aku memerhati,
Aku diam,
Lalu,
Aku jadikan ia pengalaman & pengajaran.
______________________________ :)
Malam ini, aku ingin coretkan tentang Almarhum Ustaz Dahlan bin Mohd Zain.
Sebuah jasad yang mengagumiku dalam seluruh aspek.
Membaca kisahnya sahaja melalui buku 'Mengenang Murabbiku' karangan Hilal Asyraf sedikit sebanyak menaikkan semangat juang aku dalam medan dakwah.
Jika dulu aku ambil masa yang agak lama untuk mengubat jiwakku yang sakit,
Dengan membaca kisah awal udmz hingga meninggal sendiri cukup memberi tamparan yang hebat buat aku.
Dakwah kita,
bukanlah dilakukan saat kita punya waktu lapang.
Dakwah kita,
bukanlah dilaksanakan tika harta sudah menggunung tinggi.
Dakwah kita,
bukanlah menunggu apabila kita benar-benar sihat anggota fizikal.
Namun,
dakwah ini dilakukan saat kita sibuk mahupun lapang,
juga dilaksanakan tika berapa banyak mana pun harta yang kita ada,
dan diaplikasikan apabila kita dalam keadaan sihat serta sakit.
Pengorbanan, kesetiaan, kejujuran dan keikhlasan dalam melakukan dakwah itu perlu.
Islam ini mungkin tidak tertegak pada zaman aku, atau juga zaman anak-anakku
TAPI
insyaAllah dengan kehendak & izinnya, ia akan tertegak di saat umat Islam semakin menguat dan mampu melawan arus dan sistem jahiliyyah.
Yang pasti, teruskan bekerja demi Allah, Rasul dan Agama.
Lihat semula bagaimana udmz, ustaz omar, sir abdoh, cikgu azmi bahari, sir nasir, pakcik saufi, pakcik fisal, ummi & ramai lagi syuyukh yang makin lanjut usia ini mampu bertahan dalam medan ni walau telah sekian lama. Bukan setahun dua tapi berpuluh-puluh tahun.
Inilah semangat yang perlu aku ambil dan tempuhi.
Memenuhi kehendak fardhi muslim, membina baitul muslim yang diredhai sehinggalah mencapai tahap ustaziyatul 'alam.
Bukan mudah tapi dengan pertolongan Allah, percayalah bahawa tiada yang mustahil.
You've (me) felt this during you 1st-4th semester.
Pertolongan itu benar ada, kan? :)
Jadi,
Wahai Aisyah yang akan datang,
Teruskan usahamu melaksanakan kerja dakwah tarbiah.
Jangan rebah pada lubang yang sama.
Kuatkan azam dan bekerjalah kerana Ilahi.
Chaiyok!
Comments
Post a Comment