Kenangan Terindah mei '19 - mac '20
25 Februari 2020, Selasa, 1.24 pagi.
Aku sedih lagi sebab aku bakal kehilangan 2 orang insan yang merupakan antara penguat aku di Darul Quran. Kehadiran mereka sangat membantu aku dalam gerak kerja dakwah tarbiah di institusi kami. Dari segi halaqahnya, tamrinnya, program-programnya. Segala strategi dnt disusun sama-sama oleh kami. Aku rindu. Aku sayang mereka sangat-sangat kerana Allah. Aku tak akan lupa kenangan kami makan-makan di cafe demi merancang halaqah yang bakal dilaksanakan minggu itu. Juga berkumpul di bilik iron untuk merancang rehlah yang akan berlangsung pada waktu itu. Termasuk duduk sebentar di surau untuk membincangkan hal jaulah. Aku rindu bicara soal tarbiah dengan mereka. Sayangnya masa berlalu dengan pantas sekali.
Aku tak mampu meluahkan perasaan ini dengan kata-kata juga dengan perbuatan. Aku hanya mampu menungkapkannya dengan penulisan yang sudah cukup menggambarkan perasaan aku.
Sahibah,
andai diri ini sering terkasar bahasa dengan dirimu,
andai diri ini sering mengikut kehendak hati dan menghiraukan pandangan kalian,
andai diri ini sering memandang rendah terhadap dirimu,
aku menyusun 20 jari tangan dan kaki memohon kemaafan.
Aku tahu kelemahan yang tak terkira banyaknya ini tidak akan mampu mengubat perasaan terasa hati kalian terhadap aku. Aibku, kekuranganku, kelemahanku, hanya kalian yang tahu. Perasaanku, rahsia-rahsiaku,rasa hatiku, juga kalian lebih arif. Sungguh, segala perbuatanku samada terlibat dalam persatuan mahupun kelab, tak lain dan tak bukan adalah aku ingin menyampaikan dakwah itu kepada masyarakat. Dari semester satu aku menanggung perasaan derita keseorangan. sakitnya ia. peritnya ia. Hanya Allah yang tahu. Namun,alangkah gembiranya aku saat Allah menghantarkan 3 susuk tubuh yang dapat membantu aku melakukan dakwah kampus.
Terima kasih kerana pernah hadir dalam diri ini.
Terima kasih kerana sering mewarnai kehidupan diri ini walau aku tahu aku tak layak.
Terima kasih kerana menerima baik burukku, celotehku.
Ribuan terima kasih aku ucapkan.
Andai suatu hari nanti, diri ini tersasar ke lembah, tariklah aku dan sedarkan aku kembali. Ingatkan aku bahawa aku pernah berjuang sama-sama dengan kalian di medan dnt. Ingatkan aku bahawa aku pernah merasai susah payah mekukan dakwah kampus bersama kalian. Ingatkan aku.. Ingatkan aku.. Kerana aku takut aku yang akan datang bukan lagi diri aku yang hari ini. Aku takut aku yang akan datang lupa kepada aku yang hari ini. Kalianlah penyelamat aku pada masa akan datang.
Akhirnya, tolong jangan lupa diri ini. dan teruskan semangat kalian untuk melakukan dakwah kampus di institusi baru kalian. binalah halaqah (sekiranya tiada). bentuklah kefahaman islam dalam diri masyarakat. mungkin islam itu tidak menang pada zaman kita tapi zaman selepas kita atau zaman selepas selepas kita, Yang penting,, teruslah dalam menyampaikan risalah ini. Risalah yang mulia.. Risalah nabi..
Wallahua'lam.
1.57 pagi.
Siswi Mufakkir & Muharrik DQ |
Comments
Post a Comment